Bermula dengan menebar roti canai siapa sangka pemilik nama Mohd. Azizan Shukri kini bergelar chef terkenal yang pernah melonjakkan nama dalam bidang kulinari dunia.
Mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kulinari itu memberinya peluang bekerja di restoran ‘fine dining’ dan hotel bertaraf lima bintang terkemuka.
Anak kelahiran Kedah itu mengakui pada awalnya menceburi bidang masakan bukanlah kerana minat tetapi ingin menimba pengalaman.
Ini terbukti apabila Chef Azizan pernah bekerja sebagai tukang buat rumah, tukang kebun dan sebagainya.
Menurut Azizan, rezekinya tiba apabila dia bekerja di sebuah restoran dengan berpendapatan RM40 sebulan ketika itu didatangi wakil hotel memintanya untuk membekalkan roti canai kepada sebuah hotel.
“Tidak sampai sebulan bekerja sebagai pembuat roti saya menerima tawaran bekerja di hotel tersebut dan ditugaskan menjadi tukang cuci pinggan dan kemudiannya ditugaskan di bahagian dapur.
“Dengan pengalaman selama dua tahun saya kemudiannya berhenti dan berhijrah ke Johor Bharu bekerja di Puteri Pan Pacific pada tahun 1991.
“Saya seorang yang ingin mencuba sesatu yang baharu dan pengalaman itu jugalah menunjukkan kebolehan diri saya yang sebenar” katanya.
Disebabkan itu, Chef Azizan berpeluang menempa nama di Hotel Istana Restoran Fine Dining yang pertama di Malaysia.
Pakar masakan sajian Eropah moden terutamanya Itali dan Perancis itu berkata, bekerja di pelbagai restoran dan hotel telah memberi peluangnya lagi memperluaskan pengalamannya sehingga berhijrah di The Grand Hotel Malahide, Dublin, Ireland sebagai Sous Chef.
Pengalaman bekerja itu jugalah memberi makna apabila mendapat gelaran The Best Chef Ambassador 2016, Chef & Maitre Nel Mondo,Italy serta Guild of Chefs, Republik Bulgaria di peringkat antarabangsa.
Beliau juga pernah memenangi tempat pertama di 2nd Inter-Chef Competition 1994 dan Award Excellence Penang Asia 1995.
PENGALAMAN LUAS, IKHLAS BEKERJA WALAUPUN 20 JAM.
Mengulas mengenai pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang berada dalam bidang kulinari itu antaranya termasuklah pernah menyediakan sajian makanan untuk mantan Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton dan kumpulan band boy Westlife yang terkenal.
Selain itu beliau pernah bertugas di Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan untuk kontijen Jerman (tajaan Adidas) dan Chef di Rugby World Cup 2019.
Bercerita mengenai kriteria chef yang berjaya, beliau berpendapat seseorang chef perlu mempunyai sifat ikhlas, minat, rajin dan taat dalam setiap tugasan yang diberikan.
“Mereka boleh bekerja 10 jam, 15 jam malah 20 jam masih bekerja dengan ikhlas.
“Chef zaman dahulu sangat kental. Hari ini chef kurang sikit kebanyakan mereka (chef) rapuh,” kongsinya.
REZEKI TIDAK DIDUGA DI MALAKAT MALL, CYBERJAYA.
Bagaimanapun rezeki Chef Azizan kini bagaikan melimpah ruah apabila beliau berpeluang menjadi orang penting di Restoran Casa De Madani yang akan beroperasi di Malakat Mall. Ia merupakan ‘halal fine dining’ pertama di Malaysia bakal dibuka bulan Mac tahun ini.
Katanya lagi, selepas mengambil keputusan untuk menjadi tukang masak secara freelance, beliau menaruh harapan untuk bekerja di sebuah restoran berkonsepkan halal.
“Alhamdullilah, Casa De Madani adalah halal fine dining, jadi saya antara insan yang akan menyediakan kepelbagaian sajian halal kepada pelanggan bermula makan tengahari sehingga makan malam.
“Harapan saya supaya selain menjadi tumpuan premis makan dan minuman Casa De Madani bakal dijadikan sebuah institusi yang mengeluarkan chef Melayu yang terbaik dunia dan akhirat,” katanya. MBNews
I relish, cause I found exactly what I used to be having
a look for. You’ve ended my 4 day long hunt! God Bless you man. Have a
nice day. Bye