Hard rock cafe pearl harbour

Hard Rock Cafe Puteri Harbour akan menjejakkan kaki ke Iskandar Puteri, bandar paling selatan di Semenanjung Malaysia, dan akan menandakan pembukaannya dalam bulan Disember 2021. Kafe yang bakal dibuka di Puteri Harbour ini merupakan cawangan Hard Rock Cafe yang keempat di Malaysia selain di negeri Pulau Pinang,
Kuala Lumpur dan Melaka.

Restoran dan bar kontemporari ini adalah yang pertama seumpamanya kerana ia mempunyai gaya reka bentuk dalaman moden serta menampilkan susunan berkelas tinggi, mewah dan tersusun rapi – dengan tempat-tempat menarik untuk peminat. Bar seluas 557-meter persegi ini boleh memuatkan sehingga 238 orang tetamu yang terdiri daripada ruang makan luar dan dua tingkat dibahagian dalam kafe berserta pentas untuk hiburan secara
langsung.

Ruang makan utama dan ruang makan peribadi di tingkat atas boleh memuatkan seramai 100 orang tetamu. Para tetamu juga boleh menikmati hiburan musik secara langsung dari ruang makan dalaman yang terletak di aras bawah. Konsep ruang makan ‘Alfresco’ yang menghadap ke pelabuhan yang menawan disertai dengan pemandangan matahari terbenam yang indah merupakan keistimewaan kafe.

Hard Rock cafe Puteri Harbour

Ruangan Unik Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Para tetamu di Hard Rock Cafe boleh berjalan di sepanjang ruangan dinding memorabilia, yang memaparkan serangkaian memorabilia dari pemusik legenda dari seluruh dunia. Selama bertahun-tahun, dinding memorabilia telah menjadi ciri khas bagi Hard Rock Café meraikan kepingan unik yang disumbangkan oleh atau dibeli dari bintang rock popular dari era yang berbeza selama bertahun-tahun.

Di Hard Rock Cafe Puteri Harbour, para tetamu disajikan dengan pelbagai pilihan rasa asli dari bahan-
bahan yang berkualiti tinggi dan segar. Hard Rock Café menampilkan ‘Original Legendary® Burger’, siri ‘Signature Steak Burgers’, ‘Specialty Entrée’, ‘Bar Bites’ dan pelbagai pilihan salad, sandwic serta
pencuci mulut.

Hard Rock Cafe Puteri Harbour

Ia juga menawarkan pelbagai jenis minuman bebas alkohol dan minuman beralkohol seperti bir, wain, koktel buatan tangan termasuk hidangan rasmi Hard Rock sendiri iaitu koktel ‘Hurricane’. Rock Shop yang terkenal di dunia di bawah jenama Hard Rock ini terletak di dalam kafe tersebut. Ia menawarkan pengalaman berbelanja seperti bintang rock bagi pengumpul dan peminat untuk membawa pulang barang jualan seperti baju, topi, pin dan pelbagai koleksi lain.

Hard Rock Cafe Puteri Harbour mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang terdiri daripada penduduk tempatan mahupun pelancong dalam memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan berharap ianya dapat memberi galakan dan semangat dalam kehidupan seharian mereka yang sibuk.

Hard Rock Johor

Hard Rock Cafe Puteri Harbour berusaha untuk menaikkan selera dan minat anda dengan produk-produk terbaik daripada Hard Rock dalam memberikan pengalaman yang luar biasa.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hantarkan pertanyaan anda melalui e-mel kepada
www.hardrockcafe.com/location/puteriharbour .
Untuk pembelian barangan Hard Rock Cafe, kunjungi Rock Shop secara atas talian di https://shop.hardrock.com.
Dapatkan maklumat tambahan mengenai jenama Hard Rock Café di laman sesawang
www.hardrockcafe.com/

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge