Site icon Geng Borak

i-Citra RM10,000 One Off Bakal Dilaksana? Ini Antara Senarai #TuntutanRakyat

i citra RM10000 One Off

Selepas i-Lestari, i-Sinar dan kemudian i-Citra. Pengeluaran demi pengeluaran daripada akaun KWSP telah dilakukan demi meneruskan kehidupan pada musim pandemik ini. Malaysia sudah menjengah kepada era endemik namun jutaan rakyat masih kelihatan terumbang-ambing dari segi kewangan. Oleh sebab itu, ramai yang mahukan pengeluaran i-Citra RM10,000 secara one off.

Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.

Siapakah yang layak memohon?

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Permohonan i-Citra telah dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021. Dan bayaran bagi Pengeluaran i-Citra dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli.

Baca juga : Pengeluaran i-Citra KWSP RM10,000 Kini Dalam Perbincangan Terakhir

#TuntutanRakyat i-Citra RM10,000 One Off

Dr Asyraf Wajdi Dusuki meneruskan perjuangan untuk membawa tuntutan rakyat mengenai beberapa perkara. Ini seperti ditulis dalam hantaran Facebook beliau tempoh hari.

Malam kelmarin selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi, sempat ‘follow-up’ beberapa isu utama untuk diberikan perhatian oleh YAB Perdana Menteri, antaranya:

  1. Tuntutan Rakyat mengenai KWSP i-Citra RM10,000 secara one-off.
  2. Keputusan Kabinet untuk bank menawarkan Moratorium tanpa faedah terakru.
  3. Isu-isu kebajikan dan keselamatan pekerja muda dalam industri Ekonomi GIG khususnya P-Hailing dan E-Hailing.

YAB PM menyatakan bahawa perkara-perkara yang Pemuda UMNO bangkitkan ini telah diminta untuk Menteri Kewangan Tengku Zafrul ambil tindakan dan ada yang akan diumumkan dalam Bajet 2022 nanti.

Saya maklumkan juga kepada YAB PM bahawa harapan rakyat agar dapat disegerakan terutamanya mengenai Moratorium dan i-Citra kerana ramai sangat yang berharap dan berada dalam keadaan terdesak.

Moga sama-sama doakan agar yang diharapkan ini bakal menjadi kenyataan.

— FB Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Baca juga : RM10,000 KWSP One Off : Antara Harapan dan Kekecewaan

Simpanan Akaun Emas tidak boleh digunakan untuk Pengeluaran i-Citra.

Akaun Emas merupakan caruman ahli selepas umur 55 tahun. Ahli layak untuk mengeluarkan Simpanan tambahan ini setelah berumur 60 tahun. Ini bertujuan untuk memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli pada waktu tersebut.

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Exit mobile version