Pengeluaran i Citra KWSP RM5000

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula 12 Julai 2021 melalui icitra.kwsp.gov.my, tiga hari lebih awal daripada tarikh jangkaan asal.

Bagi memudahkan ahli mengemukakan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran tersebut.

i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam kedua- dua Akaun 1 dan 2. Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar secara sehingga lima kali bayaran bulanan sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

Baca juga : Cara Mudah Mohon i-Citra KWSP Secara Online

KWSP i Citra 12 Julai

Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan. Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula dari bulan Ogos 2021.

Siapakah yang layak memohon i-Citra?

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Berapakah amaun pengeluaran i-Citra yang layak dikeluarkan?

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Baca juga : RM250 – RM1,300 Bantuan Khas Covid19 BKC 2021, Miskin Tegar, B40 dan M40

Cara Mohon i-Citra Online

Pengeluaran i-Citra ini diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021, sebagai inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19, serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021. Bayaran bagi Pengeluaran i-Citra akan dibayar secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli. Pastikan syarat-syarat di bawah dipenuhi bagi memastikan urusan pembayaran i-Citra berjalan lancar.

  • Akaun bank simpanan atau semasa.
  • Akaun bank masih aktif.
  • Akaun Bank di atas nama ahli sendiri (bukan akaun bersama/ syarikat).
semak dividen kwsp 2018

Sekiranya ahli tidak mempunyai akaun bank (berstatus muflis), ahli boleh memohon pembayaran i-Citra secara Arahan Bayaran ketika membuat permohonan di portal i-Citra Online.

Rujuk saluran berikut untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan Pengeluaran i-Citra:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
  2. Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
  3. Media sosial rasmi KWSP
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge