Site icon Geng Borak

Keluar Duit KWSP Akaun 1, Elak atau Terdesak?

iSinar Akaun 1

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta kerajaan mengkaji semula cadangan pengeluaran akaun satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam usaha meringankan beban pekerja di Malaysia yang tertekan ekoran penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Kelonggaran bagi pengeluaran tersebut antaranya dapat membantu mereka yang tiada pekerjaan mahupun kehilangan pekerjaan. MTUC berpendapat daripada mereka meminjam, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran tersebut.

Kaedah ini dapat mengurangkan beban ekonomi pekerja terhadap pinjaman sedia ada, bil utiliti yang tertunggak mahupun kegunaan perbelanjaan kehidupan harian di samping menggunakan dana yang dikeluarkan ini sebagai modal perniagaan perniagaan untuk menyara hidup mereka

Update : Kerajaan Benarkan Pengeluaran RM500 Akaun 1 KWSP

Ini pula pandangan peribadi AJ tentang Pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1

Saya sambung survey Rakan Jutawan saya Rahimi Mustafa. Pandangan Peribadi AJ:

Yes, EPF adalah Dana Persaraan Namun AJ setuju kerajaan benarkan Pengeluaran dari Akaun 1 dapat dikeluarkan tetapi:

Ada kemungkinan pekerja terpaksa meminjam dengan institusi kewangan sehingga ke pinjaman ah long disebabkan terhimpit untuk meneruskan kehidupan harian.

MTUC berpendapat daripada mereka meminjam, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan cadangan pengeluaran tersebut.

Baca juga : Kerajaan Setuju Kaji Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Sementara itu, Dekan Fakulti Perniagaan dan Pengurusan daripada Universiti Sultan Zainal Abidin, Profesor Madya Dr Ahmad Azrin Adnan berkata, cadangan supaya kerajaan memberikan kelonggaran untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu KWSP bukan langkah terbaik.

Secara umum simpanan wang KWSP adalah bagi tujuan kegunaan pada hari tua atau selepas bersara.

“Pada masa ini pun kerajaan telah memberikan kelonggaran kepada pemilik akaun untuk membawa keluar wang daripada akaun dua. Jika akaun satu juga dibenarkan, kita risau ramai berdepan masalah kewangan pada hari persaraan.

“Tidak ada satu jaminan di mana jika kita berikan kelonggaran pengeluaran akaun satu, pesara akan mempunyai wang yang cukup nanti,” katanya.

Ahmad Azrin berkata, apa yang membimbangkan ialah jika kelonggaran diberikan untuk mengeluarkan wang daripada akaun satu, mereka yang tidak terkesan turut mengambil peluang berbuat demikian.

Exit mobile version