jenazah 3 beradik lemas

Dalam kemeriahan kita menyambut Syawal, ada juga ali keluarga yang dalam saat berduka. Ini apabila kisah tragis meyaksikan tiga beradik yang meningal dunia disebabkan lemas di Sungai Terengganu, Kampung Kuala Telemong Hulu Terengganu 5 Syawal lalu menarik perhatian ramai.

Malah ketiga-tiga jenazah juga selamat dikebumikan dalam satu liang laad di Tanah Perkuburan Islam, kampung Alor Limbat, Bukit Payung, Marang.

Tenyata kisah sedih ketika bulan Syawal ini mengundang simpati ramai pihak termasuk pendakwah selebriti, PU Azman.

Malah beliau turut menitipkan doa buat tiga anak muda yang telahpun pergi mengadap Illahi.

mangsa lemas

Sambil memetik sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim yang dikongsikan di laman Instagramnya.

Pilu. Doakan mereka dan keluarganya semoga tabah.

Kejadian tiga beradik mati lemas di Sungai Terengganu Kampung Kuala Telemong.

Mereka ialah Khalif Naim, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Imtiaz, Kuala Berang dan dilaporkan baru sahaja menghafaz 30 juzuk al-Quran pada 10 Mac lepas. Khairil Firdaus pula ialah pelajar tingkatan lima Sekolah Agama Mahmudiah, Kuala Berang manakala Umar Iskandar adalah pelajar Universiti Malaya.

Semoga arwah ketiga-tiga mereka diampuni dan dirahmati Allah.

Takziah buat ibu dan ayah serta seluruh ahli keluarga.

Semoga mereka mendapat syahid.

الشُّهَداءُ خَمْسَةٌ: المَطْعُونُ، والمَبْطُونُ، والغَرِيقُ، وصاحِبُ الهَدْمِ، والشَّهِيدُ في سَبيلِ اللَّهِ.

Maksudnya : “Orang yang mati syahid 5 golongan, iaitu mati kerana taun (wabak), mati kerana penyakit perut, mati lemas, mati dtimpa runtuhan dan mati syahid di jalan Allah”. (Bukhari Muslim).

mangsa lemas 3 beradik

Dikhabarkan juga tiga adik beradik ini baru sahaja selesai menghafaz 30 juzuk Al-Quran pada Mac lalu sebelum ketiga-tiganya ditemui lemas di sungai berkenaan.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan tiga beradik berusia dalam 16 hingga 21 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus di muara Sungai Terengganu dekat Kampung Kuala Telemong, Hulu Terengganu.

Kejadian yang dipercayai berlaku pada 6,30 petang apabila ketiga-tiga remata ini Khalif Naim, 16, Khairil Firdaus, 17 dan Umar Iskandar 21 tahun dipercayai mandi di lokasi berkenaan.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Dwi Wahyudi
4 years ago

Ya Allah… Di saat umat Islam sedang bersuka cita akan suasana Aidil Fitri, keluarga ini justru mendapat ujian dengan kehilangan 3 orang anggota keluarganya sekaligus. Insya Allah Husnul Khotimah. Al Fatihaah
Dwi Wahyudi recently posted…Software Cloud ERP Indonesia SystemEver Masuk Top 10 di Asia TenggaraMy Profile