Site icon Geng Borak

Permohonan i-Sinar, Syarat Keluar Duit Akaun 1 KWSP

Syarat Cara Pengeluaran i Sinar Akaun 1 KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian bagi kemudahan akses ke Akaun 1 ahli KWSP yang dikenali sebagai i-Sinar, pada 18 November ini.

KWSP dalam kenyataan berkata i-Sinar, yang kini sedang dimuktamadkan perinciannya, diwujudkan hasil konsultasi yang mendalam bersama-sama dengan pihak berkepentingan agar ahli yang terkesan dapat mengharungi cabaran semasa dan pada masa sama memastikan kesejahteraan masa depan persaraan mereka.

KWSP yakin bahawa amaun yang boleh diakses daripada i-Sinar berserta amaun maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 melalui kemudahan i-Lestari (dilancarkan pada April 2020), dapat membantu ahli yang terkesan menampung keperluan mereka dalam jangka masa pendek.

Baca juga : PANDUAN CARA MOHON RM10,000 i-SINAR KWSP ONLINE AKAUN 1

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 1 menerusi inisiatif i-Sinar.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Asri Hamidon, berkata itu adalah antara beberapa syarat yang diputuskan kepada pencarum yang layak memohon program i-Sinar.

Baca : TERKINI! Pengeluaran RM10,000 Akaun 1 KWSP dibenarkan untuk 8 juta Pencarum

Untuk bantuan kepada pencarum KWSP, sebelum ini dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), kerajaan sudah membenarkan pengeluaran Akaun 2 di bawah i-Lestari sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM6,000.

Dalam Belanjawan 2021 pula, kerajaan benarkan pengeluaran Akaun 1 oleh pencarum KWSP dengan beberapa syarat, antaranya ia disasarkan kepada golongan yang terjejas.

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

  1. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Selain itu, pencarum yang layak perlu menghabiskan Akaun 2 di bawah jumlah maksimum i-Lestari terlebih dahulu, baru boleh dikeluarkan Akaun 1.

i-Sinar merupakan lanjutan daripada pengeluaran i-Lestari yang kini dijangka mencecah amaun pengeluaran sebanyak RM30 bilion dan akan berakhir Mac 2021.

Permohonan i-Sinar boleh dibuat bermula Disember 2020 dan amaun yang diakses akan dikreditkan ke akaun bank pemohon bermula Januari 2021. Perincian lanjut mengenai pengeluaran i-Sinar dimaklumkan pada tarikh 18 November 2020

Exit mobile version