Pengeluaran iSinar KWSP AKAUN 1

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan perincian dan kelayakan akses ke Akaun 1 bagi kemudahan i-Sinar. Pendahuluan maksimum pertama antara RM4,000 hingga RM10,000.

Setelah meneliti dan menilai keadaan semasa, KWSP telah mengambil langkah untuk memperluaskan skop i-Sinar yang merangkumi ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau tiada sumber pendapatan. i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak.

Ahli yang layak boleh membuat permohonan bermula Disember 2020. Amaun akan dikreditkan dalam akaun bank ahli pada hujung bulan selepas permohonan dibuat. Pengkreditan pertama akan bermula pada Januari 2021. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan bermula pada tarikh pertama pengkreditan.

Baca juga : Kadar Bayaran, Tarikh dan Cara Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021

semak dividen kwsp 2018

Secara umum, ahli yang layak boleh mengakses 10% daripada amaun simpanan mereka dalam Akaun 1, tertakluk kepada baki minimum RM100.

  1. Ahli yang mempunyai baki RM90,000 dan ke bawah (Akaun 1), akan mempunyai akses kepada amaun sehingga RM9,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM4,000.
  2. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM90,000 (Akaun 1), akan mempunyai akses 10%. Walau bagaimanapun, amaun maksimum yang boleh didahulukan adalah RM60,000. Amaun pendahuluan ini akan dikreditkan secara berkala sehingga enam (6) bulan dengan pendahuluan pertama sehingga RM10,000.
iSinar KWSP Akaun 1

Ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan. Caruman baharu akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula. Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70% bagi Akaun 1 dan 30% bagi Akaun 2.

Untuk menentukan amaun yang diperlukan untuk permohonan di bawah i-Sinar dan memastikan kelangsungan hidup semasa krisis, ahli digalakkan untuk mendapatkan nasihat kewangan melalui Pegawai Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) KWSP dan/atau Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Maklumat lebih lanjut serta butiran terperinci mengenai kelayakan i-Sinar serta terma dan syarat akan dimaklumkan dalam masa terdekat oleh KWSP.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

5 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Laila
Laila
3 years ago

Pergh maksimum RM60 ribu tu.. Jenuh nak habiskan haha
Laila recently posted…Beza Pengeluaran KWSP Dan Skim Persaraan Superannuation atau “Super” AustraliaMy Profile

abambam
3 years ago

alhamdullilah. berita baik ni
abambam recently posted…TERKINI! Boleh Keluar Maksimum RM 10,000 Melalui iSinar KWSPMy Profile

Snapbackpacker
3 years ago

Semoga yang terpilih gunakan sebaiknya peluang dan ruang sebegini..

boleh keluarkan ingat juga lepas pencen nanti…bagi yang tiada bayaran pencen la
Snapbackpacker recently posted…Cara Ke Jeti Untuk Ke Paradise 101 Island LangkawiMy Profile

Tehokaw.com
Tehokaw.com
3 years ago

Semoga golongan yg memerlukan Akan mendapat manfaatnya..

TEOH TEIK LOON
3 years ago

2.8.3TAMAN.MIHARJA.JALAN.LOKE.YEW.55200.KUALA.LUMPUR.