Bantuan URUS B40 dan B50

Lebih 512,000 permohonan Geran Khas Prihatin (GKP 2.0) diterima daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro, sekali gus mengatasi sasaran awal sebanyak 200,000, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Permohonan GKP 2.0 yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), telah dibuka pada 1-31 Oktober 2020 lepas.

Setiap permohonan terbabit turut diteliti secara semak silang atau disahkan oleh data agensi ditetapkan kerajaan, termasuk di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan hanya PKS mikro yang benar-benar layak mendapat bantuan tersebut demi kelangsungan perniagaan mereka.

Geran Khas Prihatin 2.0 online

PKS mikro yang telah memohon GKP 2.0 ini boleh menyemak status kelulusan mulai 27 November 2020 manakala tarikh pembayaran pula dijangka mulai 30 November 2020.

Ada juga permohonan yang tidak diluluskan. Antara sebab permohonan tidak diluluskan adalah PKS mikro terbabit tidak memenuhi syarat seperti tiada lesen PBT atau tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Selain itu, terdapat PKS mikro yang mempunyai bilangan pekerja melebihi lima orang. Kerajaan amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh PKS secara amnya termasuk PKS mikro.

Baca juga : Bantuan RM600 Sebulan, Program Subsidi Upah 2.0

Cetak wang

Oleh itu, GKP 2.0 ini merupakan komitmen berterusan kerajaan untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi negara.

GKP 2.0 merupakan bantuan kewangan secara sekali beri berjumlah RM3,000 kepada PKS mikro yang layak dan tidak pernah menerima GKP sebelum ini bagi meringankan beban kewangan perniagaan yang dihadapi ekoran penularan Covid-19.

Di bawah GKP asal sebelum ini, lebih 545,000 peniaga mikro seluruh negara telah mendapat manfaat dengan jumlah keseluruhan bantuan itu mencecah RM1.63 bilion.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

28 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Mohd fazli bin mohd sirip

Boleh kah saya memohon permohonan ini???

Ginduk Bin Manon
3 years ago
Reply to  admin GB

Syarikat Bayahan Jaya

Pemohon baharu

Shanmugam a/l sooria sundra rama
Shanmugam a/l sooria sundra rama
3 years ago

Boleh Mohon lagi gkp 2.0 encik .

Laila
3 years ago

Alhamdulillah..sedikit sebanyak dapat membantu para usahawan.. semoga tahun 2021 tahun yg lebih baik
Laila recently posted…Cara Keluar Duit Akaun 1 KWSP Untuk Pelaburan i-InvestMy Profile

Amizul Ariffin
3 years ago

Sy telah memohon gkp 2.0 dgn ssm tamat tempoh. Apakah status kelayakn sy? Adakah boleh untuk sy renew SSM dan kemaskini borang kembali, dalam masa permohonan telah sy hantar?

Faisyal ismail
Faisyal ismail
3 years ago

Tadi dh semak…x lulus..boleh x buat rayuan…keje berdua,kadang2 bertiga…sangat memerlukan time2 pkpb ni…

Tan swee ping
Tan swee ping
3 years ago

Tidak lulus sebab salah tulis perkataan tidak .tiada rayuan sekian lama tungu tetapi pasal salah tulis tidak. Oparasi. Ini tidak adil masalah time nk start niaga covi sampai nasib memang x baik ingat dapat batuan tungu sekian lama .kecewa sangat

cikmat
cikmat
3 years ago

assalamualaikum…adakah rayuan untuk yang tidak lulus? permohonan saya tidak lulus atas alasan saya tidak menjalankan perniagaan tahun 2020 tetapi saya mmg menjalankan perniagaan tahun 2020 pada 3 bulan pertama dan tidak dapat menjalankan perniagaan semasa PKP. Pada paparan borang saya juga ditulis tidak menjalankan perniagaan.

Asbi BT Mohd Noor
3 years ago
Reply to  admin GB

x lulus sebab x 04 sedangkan niaga dari ank kedua sampai lah kelima ada lesen majlis daerah lagi tapi gagal

Asbi BT Mohd Noor
3 years ago

assalamualaikum saya x lulus sebab salah tulis blh ke buat rayuan tlnglah saya niaga hari2 tapi x lulus n keadaan sekarang makin lah susah nk niaga utan banyk nk byr

Nor Afiza
3 years ago

Sebelum ni sy DPT bsh.. tapi lepas mohon ckp.. bsh dah dibatalkan sbb ada ssm… Peliknya Gkp sy tak lulus sbb agensi tak wujud.. sy renew 2 tahun dh..

Mahmud Romzee
Mahmud Romzee
3 years ago

Saya dah ditulis LULUS sejak minggu lepas. Tapi bila cek akaun syarikat, masih belum terima. Agak-agak bila ya. TQ

Hamizah
Hamizah
3 years ago
Reply to  admin GB

Acc syarikat pun tak ape Kan?? Mesti Akan masuk direct ACC jga Kan?

mat
mat
3 years ago
Reply to  Hamizah

kena acc sendiri. saya punya tak masuk lagi pasal pakai acc company

Abdul Rahman bin Awang

Bagaimana saya ingin tahu permohonan GKP saya lulus ataupun tidak.

ROSNIHAILI BINTI HUSIN
ROSNIHAILI BINTI HUSIN
3 years ago

bilakan rayuan GKP yang tidak lulus akan dibuka semula.gagal kerana tidak wujud di agensi.sedangkan di dsaftsr di SSM

eryn
eryn
3 years ago

saya nak kemaskini untuk Pertukaran bank, tapi kenapa ya Maybank takde dalam list?

Anuard bin Shariff Ahmad
Anuard bin Shariff Ahmad
3 years ago
Reply to  eryn

Sama Saya Tuan..

HASLIZA BINTII HSIN
HASLIZA BINTII HSIN
3 years ago

Bilakah tarikh bayaran rayuan 2.0 akan d umumkan

Sharlene
Sharlene
3 years ago

i have applied but u mf still rejecting my application