Makan nasi berlauk sedap 1

Ada yang dah pernah rasa kulit lembu?

Bagi yang belum merasainya, boleh mencuba resipi ini. Kulit lembu yang diproses bersih biasanya di bakar dan dikikis untuk dijadikan sebahagian dari menu masakan. Anda boleh dapatkan di pasar dan bertanyakan di bahagian daging. Jika ada yang mengetahui untuk memproses sendiri pun lebih mudah seperti yang di lakukan di kawasan kampung.

Kulit Lembu

Kulit Lembu Masak Lemak Keladi lambuk

Bahan-bahan:
Kulit lembu (anggaran 300 gram)
Segenggam cili api
1 batang keladi lambuk
2 keping asam gelugur
2 cawan santan pekat
1 biji tomato
2 ikat daun kemangi
2 batang serai dititik (pilihan tambahan)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan dikisar:
2 batang cili merah
6 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit hidup

Cara-cara memasaknya:
1. Bersihkan kulit lembu dengan asam jawa.
2. Masukkan bahan dikisar ke dalam periuk bersama cili api, santan dan serai.
3. Kacau perlahan di atas api sederhana. Tuangkan sedikit air.
4. Masukkan kulit lembu, keladi lambuk, daun kemangi dan tomato.
5. Kacau semula selama 10 minit kemudian tambahkan garam secukup rasa.

Kulit lembu masak lemak keladi lambuk

Memang sedap jika dimakan panas-panas bersama dengan nasi putih. Boleh juga makan dengan pelbagai lagi lauk seperti telur masin, ikan bawal mas masak tempoyak, udang galah masak lemak dengan jering, kepala ikan mayong dan juga ikan sembilang masak asam pedas.

Penulis singgah di sebuah kedai yang terletak di MMA Santai Corner, Bandar Baru Nilai yang menyediakan pelbagai menu yang istimewa seperti Mee udang dan mee ketam serta kupang.

Makan nasi berlauk

Bagi anda yang ingin merasainya, boleh cuba masak sendiri dengan resipi yang telah diberikan oleh tuan punya kedai D’Laila Mee Udang ini. Selamat menjamu selera!


Contact : 010-4030926
Facebook D’Laila Suppower

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge