Pendaftaran MyBPR perlu dibuat sekiranya anda membuat permohonan baru BPR 2021.
Sekiranya anda adalah penerima BSH 2020 atau BPN 2.0 dan telah mendaftar sebelum ini, ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan sebelum ini boleh digunakan untuk Log Masuk MyBPR.
Siapakah yang akan menerima bayaran Fasa Pertama BPR 2021?
Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan diterima oleh penerima lulus sedia ada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan dengan pendapatan isi rumah terhad RM5,000 dan pendapatan bujang terhad RM2,000.
Baca juga : BPR 2021 Bermula 15 Januari 2021 : Kategori dan Kriteria Kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat
Baca terkini : 25 Februari Tarikh Akhir Mohon dan Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021
Pembayaran Fasa Pertama adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat. Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 adalah mulai penghujung Februari 2021 secara berperingkat seperti berikut :
Kategori Isi Rumah | RM300 |
Individu Bujang berumur 21 – 59 tahun / OKU berumur 18 tahun – 59 tahun | RM150 |
1. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2,500 sebulan
Jumlah Bantuan RM350
- Ansuran Pertama : RM150 mulai hujung Februari 2021
- Kedua : awal Mei 2021
2. Kategori Isi rumah Bawah RM2,500 sebulan
Jumlah Bantuan RM1,200 (pasangan yang tidak mempunyai anak atau satu orang anak, manakala Bantuan RM1,800 (pasangan yang mempunyai dua anak atau lebih)
- Ansuran Pertama : RM300 mulai hujung Februari 2021
- Kedua : awal Mei 2021
3. Kategori Isi rumah Pendapatan Bulanan di antara RM2,501 hingga RM4,000 sebulan
Jumlah Bantuan RM800 (pasangan yang tidak mempunyai anak atau satu orang anak, manakala Bantuan RM1,200 (pasangan yang mempunyai dua anak atau lebih)
- Ansuran Pertama : RM300 mulai hujung Februari 2021
- Kedua : awal Mei 2021
4. Kategori Isi rumah Pendapatan Bulanan di antara RM4,001 hingga RM5,000 sebulan
Jumlah Bantuan RM500 (pasangan yang tidak mempunyai anak atau satu orang anak, manakala Bantuan RM750 (pasangan yang mempunyai dua anak atau lebih)
- Ansuran Pertama : RM300 mulai hujung Februari 2021
- Kedua : awal Mei 2021
Cara Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021
Pembayaran Fasa Pertama adalah seperti berikut:
i. Berjaya kredit ke akaun bank.
Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang lulus dan berjaya kredit BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk rayuan.
ii. Tunai di Kaunter BSN
Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya pembayaran terakhir BSH 2020 / BPN 2.0 adalah secara tunai.
Baca juga : Semakan BPR 2021 : Kadar Bantuan Prihatin Rakyat
Kemas kini maklumat akaun bank tidak dibenarkan. Sekiranya akaun yang dilaporkan salah atau tidak aktif, pengkreditan yang dibuat akan gagal kredit dan kaedah pembayaran adalah Tunai di Kaunter BSN.
Anda boleh membuat Permohonan Baharu atau Kemas Kini BPR 2021. Permohonan Baharu atau Kemas Kini BPR 2021 boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 hingga 25 Februari 2021.
Tahniah kepada penerima. Gunalah duit BPR dengan penuh berhemah
Laila recently posted…Akibat Covid-19, Hotel Equatorial Penang Yang Telah Beroperasi 30 Tahun Bakal Ditutup Mac 2021
[email protected]
Kalau kita lupa kata laluan….bagaimana hendak kemaskini dengan cara lain
klik button Terlupa Kata Laluan, atau https://bpr.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx
Skang status sy dah berubah jadi ibu tunggal anak sorang…kena kemas kini jugak ke?
Ya betul. Kemaskini bahagian status dan anak
Saya tersalah tulis tarikh nikah macam mane ye
Saya pernah terima duit bpn tapi saya buat kemaskini bpr hanya menukar number telefon adakah saya layak menerima bpr fasa 1