Kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion

Antara pengumuman yang mendapat perhatian ialah Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020.

Dalam menjalani kehidupan norma baharu, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh atau contactless payment.

Untuk menggalakkan penggunaan perkhidmatan ini, melalui Program ePenjana yang bernilai RM750 juta, Kerajaan akan mengkreditkan RM50 ke dalam akaun e-dompet pengguna. Ini akan dipadankan dengan tambahan baucar, pulangan tunai dan diskaun berjumlah RM50 daripada syarikat khidmat e-dompet.

Inisiatif ini yang akan bermula pada bulan Julai 2020 akan memanfaatkan 15 juta rakyat Malaysia.

Mungkin anda sedang mencari cari untuk mendaftar eWallet ini kan? Kepada pengguna baru mungkin anda belum tahu cara untuk mendaftar akaun dengan penyedia eWallet ini.

Apa kata anda ikut tutorial daftar mudah di bawah.

CARA DAFTAR EWALLET TEBUS RM50 PENJANA

Untuk makluman, berdasarkan program eTunai Rakyat yang lepas hanya terdapat tiga penyedia eWallet sahaja yang disahkan oleh kerajaan Malaysia bagi perlaksanaan program itu iaitu Touch n GoBoost dan Grabpay.

Anda perlu tahu hanya sekali sahaja setiap orang dapat tebus RM50 itu dan pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Anda boleh daftar untuk menggunakan salah satu aplikasi eWallet di bawah mengikut kesesuaian anda.

1. Aplikasi Touch’nGo eWallet –ANDROIDIOS

  1. Download Touch’nGo eWallet terlebih dahulu di Appstore/Googleplay.
  2. Sahkan atau verity akaun Tonch’nGo eWallet.
  3. Selesai!
  4. Tunggu pengumuman dari kerajaan berkenaan tarikh tebus RM50 anda.

2. Aplikasi eWallet Boost – ANDROIDIOS

  1. Download app Boost terlebih dahulu di appstore/googleplay
  2. Masukkan butiran yang diperlukan dan ikut arahan selanjutnya.
  3. Upgrade kepada Boost Premium.
  4. Sahkan atau verify akaun Boost.
  5. Dapatkan RM5 cashback jika anda berbelanja RM10 yang pertama.
  6. Klik “Get ready to claim e-Tunai” dan ikut arahan yang diberikan.

3. Aplikasi eWallet GrabPay –ANDROIDIOS

  1. Download app Grab terlebih dahulu appstore/googleplay.
  2. Grabpay memang ada didalam app Grab.
  3. Aktifkan GrabPay
  4. Masukkan nama dan nombor kad pengenalan (IC)
  5. Ambil gambar kad pengenalan
  6. Tekan hantar. Anda akan terima pengesahan jika semunya dihantar dengan betul
  7. Kemudian tekan dan tebus jika kerajaan dah umumkan nanti.

Baca juga : Bantuan Elektrik Prihatin RM77 Sebulan

Update daripada Grabpay

GrabPay, pergi ke mana sahaja anda berada. Kami berbangga menyokong ePENJANA, inisiatif Kerajaan Malaysia untuk membantu merangsang ekonomi. Warganegara Malaysia yang layak akan menerima ePENJANA RM50, yang boleh dituntut melalui GrabPay mulai 31 Julai 2020. Kami juga akan mengeluarkan baucar Grab bernilai RM50 tambahan!

Kemas kini aplikasi Grab (iOS v5.107.1, ADR v5.107.0 ke atas) dan aktifkan GrabPay Wallet anda sekarang untuk bersiap sedia. Jangan lupa juga memuat turun aplikasi MySejahtera dan menjadi pengguna berdaftar! Tuntut baucar Grab ePENJANA RM50 dan RM50 tidak lama lagi, kemudian belanjakannya untuk perkhidmatan Grab kegemaran anda, membeli-belah dalam talian atau di kedai!

Cara untuk tebus RM50 ePenjana

Untuk menuntut ePENJANA RM50, anda perlu memenuhi syarat berikut:

  1. Muat turun aplikasi MySejahtera dan jadilah pengguna berdaftar
  2. Jadilah warganegara Malaysia dengan IC yang sah
  3. Berumur 18 tahun ke atas pada 31 Disember 2020
  4. Mempunyai pendapatan tahunan kurang dari RM100,000

APLIKASI EWALLET MYSEJAHTERA

Cara Mendaftar Pengguna Aplikasi MySejahtera

Ikuti langkah berikut untuk menggunakan aplikasi buat kali pertama

1. Muat turun dan buka aplikasi MySejahtera
2. Klik butang “Daftar Di Sini” bagi mendaftar pengguna baharu
3. Masukkan nombor telefon bimbit lali klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel)
4. OTP akan dihantar melalui SMS daripada 63839 sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon. Sekiranya mendaftar menggunakan e-mel. pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel
5. Isikan OTP yang diterima dan klik butang “Hantar” sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon atau klik pada pautan dalam emel sekiranya mendaftar menggunakan e-mel
6. Lengkapkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan klik butang “Sahkan”
7. Mesej “Pendaftaran Berjaya” akan dihantar. Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk
8. Tiba di laman Log Masuk, isikan ID Pengguna (nombor telefon atau e-mel) dan kata laluan anda lalu klik butang “Log Masuk”

Anda perlu tahu hanya sekali sahaja setiap orang dapat tebus RM50 itu dan pastikan anda memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Pastikan anda ikut arahan di atas untuk daftar dan tebus kredit eWallet anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge