Inilah adalah buku terbaru Ustazah Asma bersama karyawan terkenal di Indonesia iaitu Dwi Suwiknyo. Beliau seorang puitis dan mendalam tulisannya. Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw.

Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.

Buku ini bermula dengan monolog kerinduan seorang hamba kepada Allah. Ini satu sifat yang wajib kita ada. Tetapi, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya. Kita perlu melatih diri kita supaya sentiasa rindu kepada Allah.

Kita mahukan satu kehidupan yang cukuplah kita dengan adanya Allah. Hidup dengan Allah, kita rasa cukup. Apa yang Allah beri, kita rasa cukup. Apa yang Allah ambil, kita tahu itu yang terbaik untuk kita. Cukuplah Allah bagiku. Tiada apa-apa dalam hatiku melainkan Allah.

“Ya, Allah. Aku Rindu Kepada-Mu.”

Kerinduan kepada Allah itu adalah fitrah. Namun, kita tidak sedar dan kita selalu menafikannya.

Buku ini akan membantu kita bagaimana menanam rasa rindu kepada Allah. Kerinduan ini akan membuatkan kita bersiap-sedia menghadapi kematian.

Kerana kita semua tahu, kematian adalah pintu untuk bertemu dengan Allah.

“Ya Allah. Jangan Biarkan Aku Sendiri.”

Pada hakikatnya, Allah tidak pernah membiarkan kita bersendirian. Tetapi kita yang sering kali meninggalkan Allah.

“Ingatlah Aku, nescaya Aku ingat padamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kufur.” – Surah Al-Baqarah, ayat 152.

Kita tidak mahu hidup dalam keadaan dibiarkan oleh Allah dan jauh daripada hidayah-Nya.

Baca juga : Rahsia Didikan Keluarga Ustazah Asma Harun

PRE-ORDER EKSKLUSIF

+ Premium Gift Box
+ 4 Buah Buku Edisi Hardcover
+ Free Shipping ke Seluruh Malaysia
+ Buku Percuma: 150 Tip Menjadi Wanita Dambaan Syurga

Semuanya ini hanya pada harga RM150 sahaja.
Buku dijangka siap pada 10 Jun 2020.

BUKU PERCUMA

150 Tip Menjadi Wanita Dambaan Syurga

“Bahagia itu dicari-cari. Apa yang dibuat biarlah pasti, agar tenang hati memiliki.”

Mudah faham, praktikal dilakukan. Buku ini menggunakan rujukan al-Quran dan hadis sahih dengan dinyatakan penyataan sumber rujukan yang lengkap.

150 tip yang terkandung dalam buku ini merangkumi:

– 25 Tip Menjadi Isteri Solehah
– 25 Tip Menjadi Pemimpin Gaya Rasulullah
– 25 Tip Berhibur Menurut Islam
– 25 Tip Bijak Komunikasi Mengikut Sunnah
– 25 Tip Mudah dan Rajin Solat
– 25 Tip Sihat Akal, Tubuh & Iman Gaya Rasulullah

Masya Allah. Buku ini kecil yang padat dengan ilmu ini diberikan secara PERCUMA bagi setiap pembelian pre-order.

Buku ini mengandungi monolog-monolog hati, kisah-kisah yang menjadi iktibar, bingkisan firman Allah swt & hadis Rasulullah saw. Buku ini diibaratkan sebagai pakej kehidupan seorang hamba dalam mencari keredhaan Allah (mardhatillah). Empat buah ini dipakejkan secara eksklusif dan dinamakan sebagai Siri Kembara Menuju Allah.

Pakej 4 buah buku & kotak premium ini tidak akan dijual lagi pada masa akan datang. Hanya eksklusif untuk pre-order sahaja. Buku dijangka siap pada 10 Jun 2020. Belian terus di https://asmaharun.com/buku/asmaharun

5 Comments


  1. Assalamualaikum. Saya nak tanya bole pos ke Singapura atau tidak? Saya akan biayai harga postage.

    1. Author

      Waalaikumussalam. Buat masa ini, pre-order sudah habis ditempah. Jika ada dibuka cetakan yang baru, akan dimaklumkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge