Pembukaan pusat beli belah pertama Buy Muslim First (BMF), Malakat Mall di Cyberjaya pada 1 Mac 2020 dijangka dapat menjadi pencetus kebangkitan ekonomi Islam sekali gus mampu merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum di negara ini.

Ini kerana sejak 62 tahun usia kemerdekaan negara, umat Islam terutamanya masih ketinggalan dalam bidang ekonomi khususnya dalam peruncitan. Dan bukan salah orang lain tetapi kita sendiri, kita hanya berniaga dalam kerajaan dan syarikat bukan kerajaan (GLC), bukannya menerusi sektor peruncitan.

Kebanyakan pusat beli belah dimiliki oleh syarikat asing. Kita sebenarnya tiada masalah cuma kita pertikaikan kenapa kita tidak boleh jual ayam, baju dan lain-lain sendiri dalam pusat beli belah mereka.

Bagi memastikan pusat beli belah BMF berjaya, ayuh seluruh rakyat Malaysia menyokong usaha tersebut dengan membeli belah di Malakat Mall.

Kejayaan Malakat Mall bergantung kepada seluruh masyarakat dan disebabkan itu kita juga berhubung rapat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pembela yang mempunyai ramai ahli untuk menjayakan kempen ini.

Buat masa ini kerja-kerja pengubahsuaian sedang giat dijalankan dan sebanyak 30 unit kedai telah diisi. Beberapa kedai yang menarik di Malakat Mall ini seperti Himawari, Bunch-IT, Tahan Sports, Raudhah Grocers dan banyak lagi.

7 minit sebelum masuk waktu solat, semua kedai diminta tutup dan bersiap sedia untuk solat di surau dan di mana-mana di dalam pusat membeli belah tersebut. Laungan azan secara live juga akan berkumandang bila tibanya waktu solat.

Belian tanpa tunai di Malakat Mall

Apa yang cukup menarik dengan Malakat Mall ini adalah sistem tanpa tunai ataupun ‘cashless’ yang semakin ramai digunakan.

Secara peribadi sememangnya amat suka dengan sistem cashless ini, namun ini adalah milik orang Islam. Jadi, ia mencetus dan menjadi pelopor dalam mengajak umat Islam bersatu dalam ekonomi.

Tidak dapat dinafikan teknologi di luar negara sudah semakin canggih dan kita perlu seiring dengannya. Segala pembayaran oleh pelanggan yang datang akan menggunakan aplikasi Raudhah Pay.

Halal Fine Dining di Malakat Mall

Percaya atau tidak, tiada harga sewaan tetap untuk pemilik kedai membayar sewa. Pemilik kedai hanya membayar 20% sewa daripada kadar jualan kasar setiap bulan. Semua itu sudah pasti akan dirujuk kepada semua transaksi di aplikasi Raudhah Pay.

Pelanggan yang datang sekeluarga boleh belanjakan di semua kedai yang ada di Malakat Mall. Restoran Casa De Madani, 1st Halal Fine Dining di Malaysia bakal dibuka. Selain itu, ada kafe Bunch-oh, kiosk sushi, pizza, kebab dan beberapa lagi yang diketuai oleh Chef Azizan Shukri.

Pelbagai peluang pekerjaan juga ada di Malakat Mall ini dan bagi yang berminat, boleh emel ke recruitment@malakatmall.com

Pusat beli belah barangan Buy Muslim First (BMF) pertama di Malaysia, Malakat Mall mempelawa usahawan Muslim yang berminat untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan ini untuk mendaftar dalam Karnival Jualan Raya yang pertama kali akan diadakan di pusat beli belah itu.

Pemilihan vendor dan usahawan akan dibuat berdasarkan siapa yang terlebih dahulu mendaftar kerana lot disediakan adalah terhad.

Tawaran istimewa Karnival Jualan Raya @ Malakat Mall.

Rebut peluang ini dan sertai kami sekarang. Lot adalah terhad. First come, First Serve Basis. Tarikh karnival itu berlangsung ialah selama tiga bulan iaitu bermula pada 1 Mac sehingga 23 Mei ini.

Antara yang menarik ialah tiada sewa tapak dikenakan, caj utiliti RM1,000 sebulan, deposit RM1,000 dan perkongsian keuntungan sebanyak 20 peratus.

Fasiliti yang akan disediakan ialah saiz tapak seluas 10’x10’; satu meja oblong; dua kerusi plastik; satu13amp plugpoint; satu signage gerai dan empat pas vendor. Mana-mana vendor yang berminat dan mempunyai pertanyaan boleh klik di https://bit.ly/356deke.

Jom ke Malakat Mall, Cyberjaya bermula pada 1 Mei 2020!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge