Pasangan yang romantik

Tanda Lelaki Jatuh Cinta. Adakalanya, orang yang kita suka, tak suka kepada kita. Dan bila orang suka pada kita, kita pula tidak suka padanya! Namun saat paling indah adalah apabila anda saling menyukai antara satu sama lain. Itukah tanda lelaki suka seseorang perempuan?

Terasa dunia ini milik anda berdua. Pastinya anda berminat untuk tahu tanda-tanda si dia jatuh cinta kepada anda bukan?

1. Mula menegur.

Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan apabila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali anda yang diminati. Anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja atau sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya.

Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Dah nampak ciri-ciritanda lelaki suka.

jatuh cinta

2. Sentiasa ingin dekat.

Bila hati dah mula sayang, si dia akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja anda pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat.

Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

3. Mengajak keluar.

Ini adalah langkah seterusnya bila si dia meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, si dia juga tentu mahu mengenali anda dengan lebih rapat lagi. Tentu saja anda akan diajak keluar sambil bertukar-tukar cerita.

Walaubagaimanapun anda haruslah berhati-hati kerana si dia baru dikenali. Maka sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

Suka Dia

4. Dia selalu menghubungi anda.

Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu si dia akan berusaha mendapatkan nombor telefon anda dan mahu berbual dengan anda. Kadang-kadang tak ada perkara yang ingin dibualkan pun tapi oleh sebab si dia rindu nak dengar suara anda,dia menelefon anda dengan kerap.

Jika seorang lelaki memanggil anda dengan kerap dan anda berdua mempunyai rutin perbualan yang panjang hingga ke tengah malam, bermakna hatinya sedang berbunga-bunga,tanda lelaki suka! Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

5. Dia akan panik jika anda terluka.

Jika anda terluka secara fizikal atau mental, dialah orang yang paling risau tentang anda. Dia akan lakukan apa sahaja untuk mengubat luka anda. Nampak tak itulahtanda lelaki suka anda.

6. Dia sentiasa mengutamakan anda.

Sebagai contoh, ketika anda ingin minta pertolongan dia untuk lakukan sesuatu, dia akan berhenti dari kerja yang dia lakukan dan tolong anda tanpa teragak – agak. Malah, dia juga akan tolong anda dengan bersungguh – sungguh dan dia juga akan pastikan perkara tersebut diselesaikan dengan segera.

7. Dia dapat tangkap isi hati anda.

Seorang lelaki suka akan anda jika dia tahu apa yang anda fikirkan. Dia tahu anda sedang marah, gembira atau apa sahaja mood yang sedang anda ada ketika itu. Bahkan dia juga sedia mendengar masalah anda dan kadangkala dia akan gembirakan anda dengan bermacam cara jika dia tahu anda sedang sedih.

Bila Si Dia Dah Suka

pasangan sejoli

8. Dia tahu banyak hal mengenai anda.

Anda merupakan wanita yang bertuah sekiranya si dia tahu perkara yang disukai dan perkara yang tidak di sukai oleh anda. Jika ada lelaki yang mahir mengenai kesukaan dan kebencian anda, dia sebenarnya suka pada anda. Maka anda perlulah menghargai si dia.

9. Dia merenung anda ketika anda tidak melihatnya.

Lelaki yang menyukai anda, akan merenung anda ketika anda tidak melihatnya. Dia sangat kagum akan diri anda dan ingin sentiasa melihat anda. Ini namanyatanda lelaki suka dalam diam di lubuk hatinya.

10. Dia melindungi anda.

Dia sering bimbang tentang keselamatan anda dan prihatin tentang sesiapa yang berada di sekeliling anda. Ini juga boleh menjadi tanda bahawa dia mengambil berat tentang anda lebih mendalam daripada apa yang anda fikirkan.

11. Dia cemburu.

Ini adalah tanda-tanda normal bila seseorang sukakan anda. Dia mudah cemburu apabila anda banyak menghabiskan masa dengan orang lain dan mudah menjadi cemburu bila ada lelaki mendekati anda. Jika dia menyoal anda tentang status anda bersama dirinya, jaga-jaga, mungkin dia mahu meneruskan hubungan ke tahap seterusnya.

12. Dia berkongsi perasaan dengan anda.

Lelaki memilih tentang perkara yang mereka dedahkan dan kepada siapa. Perasaan mereka, emosi dan kebimbangan diberitahu kepada yang mereka percaya sahaja. Jadi, kalau anda menjadi tempat dia meluah masalah dan perasaan, maknanya dia mempercayai anda dan anda mungkin mempunyai tempat yang sangat istimewa di dalam hatinya.

Antara Aku Dan Dia

Tanda Lelaki Suka

13. Dia selalu puji.

SI dia selalu prihatin dengan apa yang ‘lain’ dengan diri anda dan tidak lokek untuk memberikan anda pujian. Dia juga tidak kisah dengan personaliti anda dan menerima anda seadanya.

14. Dia memberikan layanan “ kelas pertama”.

Lelaki selalunya hanya bersikap biasa atau natural apabila dia menganggap seseorang itu hanya kawan. Tapi apabila dia sudah mula meletakkan kamu di kedudukan yang istimewa,tentunya kamu akan dilayan dengan begitu baik ibarat puteri kayangan. Sanggup tunggu berjam-jam di luar rumah dan tidak kisah berhujan atau berhujan terik semata-mata ingin kamu melihat pengorbanannya.

15. Dia bersetuju dengan pendapat anda.

Jika seorang lelaki itu tegas menyokong dan bersetuju dengan pandangan anda,itu bermaknanya dia cuba untuk mendekati anda dengan lebih lagi. Bukan sekali dia bersetuju dengan anda, bahkan setiap keputusan yang anda lakukan, dia sentiasa menyokong anda. Itu mestitanda lelaki suka dan selesa.

16. Dia kerap menghantar mesej kepada anda.

Walaupun sesibuk mana, si dia masih sempat menghantar mesej ataupun meninggalkan tweet anda kepada anda walaupun dengan hanya berkata ‘Hai’. Ini menunjukkan anda berada di fikirannya setiap saat.

17. Dia memilih untuk berkahwin.

Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Sesetengah orang menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan saja tapi ada juga yang serius hingga ke jinjang pelamin. Ada yang lihat perkahwinan sebagai tanda lelaki suka kepada pasangannya.

Mesti Ramai Yang Cari Tanda Lelaki Suka?

Pilihan itu ada di tangan anda sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia membuat keputusan paling bijak yang terbaik untuk semua pihak.

Tanda Lelaki Suka Perempuan

Ada yang masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com  secara PERCUMA.

Seramai 1,094,875  ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com  dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge