44Shares

Mencari tempat yang unik dan indah untuk berjalan meluangkan masa bersama keluarga bukan perkara mudah. Kita perlu banyak bertanya atau membuat kajian khususnya dalam laman sosial tentang lokasi yang ingin dituju.

Bercakap tentang Sabah, ia sememangnya terkenal dengan keindahan pulau serta pemandangan alam semulajadi yang memukau.

Tapi siapa sangka, terdapat sebuah lokasi tersembunyi yang menarik seperti tempat pelancongan di luar negara!

Pulau Pasir Timbul atau Pulau Terapung yang terletak di Kampung Malubang, Pitas, Sabah ini sebenarnya merupakan timbunan batu karang telah mati dan timbul secara semula jadi sejak beratus tahun yang lalu.

Jika dilihat dari pemandangan atas, ia seakan-akan berbentuk S. Pulau Terapung ini tidak jauh dari Pulau Batu Supirak yang mempunyai cerita legenda.

Menurut penduduk setempat, Pulau Batu Supirak merupakan sebuah kapal yang disumpah oleh batu oleh seorang ibu terhadap anaknya yang tidak mengenang jasa.

Bagi pengunjung yang suka mengambil gambar, pasti akan suka dengan pemandangan pemandangan ini untuk diabadikan sebagai koleksi peribadi.

3 jam perjalanan darat, hampir 2 jam perjalanan laut. Memang menguji kesabaran, tapi nikmat akhirnya.

Untuk sampai ke sini, kita perlu menaiki kenderaan darat selama lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu ke Kudat, diikuti perjalanan 1 jam 30 minit dengan menaiki bot dari Jeti Marina, Kudat menuju ke Kampung Malubang, Pitas.

Walaupun perjalanan ini agak lama, tapi pastinya ia akan menjadi pengalaman yang berbaloi.

Apa yang boleh dilakukan di Pulau Terapung ini ialah “snorkeling” dan makan secara santai di tengah-tengah lautan.

Pusat pelancongan di Pulau Terapung ini dinamakan Floating Coral Bar, Pitas.

Jenis makanan yang dihidangkan adalah makanan segar dari laut dan juga sayur-sayuran. Boleh menikmatinya secara “buffet”.

Menariknya, petugas dan kru di sini kebanyakannya adalah penduduk Kampung Malubang sendiri yang dilatih khas untuk pusat pelancongan tersebut.

Bagaimanapun, hanya 40 ke 50 orang pelancong sahaja dihadkan ke kawasan pulau terapung ini pada satu-satu masa bagi menjaga keselamatan serta menjamin ekosistem terumbu karang.

Bolehlah juga tinggal di Homestay Kampung Malubang yang berhadapan dengan Laut.

Sebaik sahaja anda sampai di sini, pastinya kita nak menginap satu atau dua malam menikmati suasana kampung.

Untuk pengetahuan, Kampung Malubang ini merupakan perkampungan nelayan berbangsa Sulu. Kebanyakan mereka merupakan penduduk yang beragama Islam.

Jadi, tak risaulah sangat dengan keadaan di sana bagi pengunjung Muslim.

Homestay Kampung Malubang ini berkonsepkan rumah panjang dan turut menyediakan makanan. Ada juga chalet lain yang terdapat di sini.

Boleh dapatkan pakej sekali dan tidak perlu risau tentang makanan kerana ia termasuk dalam pakej penginapan. Lebih senang macam tu kan?

Rugi bukan jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak pernah merasai pengalaman melancong ke Pulau Terapung ini. Jom!

44Shares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge