Program My5 Bantuan Wilayah

Kementerian Wilayah Persekutuan akan memperkasakan Program MY5 bagi membasmi kemiskinan bandar sekali gus menambah baik jaringan keselamatan sosial dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.

Program ini telah dimulakan sekitar pertengahan tahun lepas sebagai percubaan dan ad-hoc dengan kapasiti kecil jadi tahun ini program My5 akan dijalankan dengan lebih meluas.

Apakah Program My5 Wilayah?

Kementerian Wilayah Persekutuan telah memulakan program MY5 sekitar pertengahan tahun lepas dengan kapasiti yang kecil.

Menurut Tan Sri Annuar Musa, dalam tahun 2021, program ini akan diperluaskan lagi meliputi 5 aspek berikut:

  • pekerjaan MYJob@Wilayah,
  • persekolahan (MYSchoolBus@Wilayah),
  • barangan keperluan asas (MYGrocer@Wilayah),
  • makanan (MYFood@Wilayah) dan
  • perubatan (MYMedic@Wilayah).

Baca juga : RM50,000 Skim Peka 2.1 Pembiayaan Pengusaha Pelancongan

1. MyJob@Wilayah

MYJob@Wilayah bakal menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan kepada warga kota terutama yang terjejas akibat COVID-19 dalam 6 bidang pekerjaan termasuk

  • perkhidmatan,
  • pembinaan,
  • penyelenggaraan,
  • pembersihan,
  • pembuatan dan
  • pembungkusan
myjob wilayah

2. MySchoolBus@Wilayah

MYSchoolBus@Wilayah yang bertujuan membantu meringankan perbelanjaan tambang pengangkutan murid sekolah daripada golongan berpendapatan rendah pula akan diperluaskan ke 158 kawasan perumahan awam dan swasta kos rendah melibatkan hampir 10,000 murid.

myschoolbus wilayah

Baca juga : RM500 Bantuan PERMAI untuk Pemandu Teksi, Bas, Pemandu Pelancong, e-hailing

3. MyGrocer@Wilayah

Program MYGrocer@Wilayah menawarkan golongan B40 membeli barangan dapur pada harga sehingga 20 peratus lebih rendah ke 158 kawasan perumahan kos rendah awam dan swasta serta kampung tradisi sekitar ibu negara.

mygrocer wilayah

4. MyFood@Wilayah

Sumbangan beras menerusi program MyFood@Wilayah akan dilaksanakan mulai 1 Feb sehingga Jun tahun ini bagi meringankan beban warga Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat COVID-19.

Untuk permulaan sebanyak 23,000 kampit beras sumbangan badan korporat dan orang ramai akan diagihkan tiga kali seminggu menerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan

myfood wilayah

5. MyMedic@Wilayah

MYMedic@Wilayah menyediakan rawatan asas dan pemeriksaan percuma menerusi klinik bergerak kepada warga kota yang kurang berkemampuan secara mingguan akan dikembangkan ke lebih banyak kawasan.

mymedic wilayah

Baca juga : Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 Fasa 1

Selain program My5 ini, terdapat pelbagai lagi inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan yang disalurkan melalui Program Pembasmian Kemiskinan Bandar, KWP ialah seperti berikut :

  • Bantuan Perumahan Bandar:
    • Bantuan Bina Baru Rumah
    • Bantuan Baik Pulih Rumah
  • Program Menjana Pendapatan Melalui Keusahawanan
  • Program Pembangunan Minda Insan
  • Program Bina Upaya Di Bandar
  • Bantuan Sewa Rumah

Untuk maklumat lanjut berkaitan semua inisiatif ini, sila layari laman web Kementerian Wilayah Persekutuan di http://www.kwp.gov.my/ dan Facebook Kementerian Wilayah Persekutuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge