Baik dalam hidup senang atau susah, tiada siapa yang terlepas daripada merasa bimbang, resah gelisah, sedih dan stress. Doa penenang hati adalah sebaik-baik cara untuk menangani kebimbangan.
Hidup ketika ini memang sangat mencabar sehingga kebimbangan itu terbawa-bawa ke dalam mimpi. Keadaan ini tidak baik untuk kesihatan.
Sebagai hamba Allah, kita memang sepatutnya merujuk kepada Allah untuk mendapatkan pertolongan dan rahmatNya.
Berdoalah selagi mampu jangan pernah jemu sesungguhnya doa itu adalah masa kita berbicara dengan Allah dari hati ke hati. Sesungguhnya Allah amat suka mendengar doa-doa kita.
Bagi mengatasi semua perasaan yang menekan ini, berdoalah kepada Allah agar semuanya hilang segera. Untuk yang sedang mencari doa penenang hati, bacalah doa ini;
Doa Penenang Hati 1
اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ
وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk dan dari keberhasilan musuh (Sahih Bukhari)
Doa Penenang Hati 2
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث
Maksudnya: Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan ( Hadis Riwayat Tirmidzi)
Doa Penenang Hati 3
اللهُمَّ لا سَهْلَ إلا مَا جَعَلتَهُ سَهْلا
وَ أنتَ تَجْعَلُ الحزْنَ إذا شِئْتَ سَهْلا
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.” (Sahih Ibnu Hibban)
Doa Penenang Hati 4
اَللَّهُمَّ اِنِّى اَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
وَاَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّ جَالِ
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, aku berlindung daripada sifat lemah dan malas, dan aku berlindung padamu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang. (Sahih Bukhari)
Doa Penenang Hati 5
لا إلهَ إلا أنتَ سُبْحَانَكَ
إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظّالِمِيْنَ
Maksudnya: Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri (Surah Al-Anbiya’ Ayat 87)
Doa Penenang Hati 6
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي
وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya: Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku (Surah Taha Ayat 25-28)
Doa Penenang Hati 7
حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
Maksudnya: Cukuplah Allah sebagai Pelindung kami (Surah Ali-Imran Ayat 173)
Sumber: koleksidoaislam
Baca juga : AMALKAN DOA INI APABILA RINDUKAN SESEORANG
Amalan doa : MUSTAJABNYA DOA AL-‘AFIYAH, AYATNYA PENDEK TAPI POWER
Berdoa dari segi bahasa bererti memanggil, memohon atau meminta. Oleh itu doa merupakan wadah untuk kita rapatkan diri kita dengan Allah S.W.T. Maka berdoalah dan memintalah kepada Allah supaya kita rasa kebergantungan kita dengan Allah.
Antara adab berdoa yang dianjurkan oleh Nabi SAW adalah dengan memulakan doa dengan pujian terhadap Allah SWT dan berselawat kepada Rasulullah SAW.
Selain itu ketika berdoa, seseorang itu hendaklah memilih waktu, yang diistilahkan sebagai waktu mustajab, seperti pada hari Jumaat kerana pada hari tersebut ada satu ketika, apabila bertepatan masanya, Allah SWT akan memperkenankan doa tersebut. Begitu juga dengan berdoa pada waktu malam, iaitu pada dua per tiga daripada malam
Berdoa adalah ibadah. Hendaklah seseorang Muslim memperhatikan adab-adab dan syarat-syarat dalam berdoa yang merupakan sebab ditunaikan doa. Sesiapa memenuhinya, maka dia akan mendapat segala yang diminta dan sesiapa yang mengabaikannya, dialah orang yang melampaui batas dalam berdoa sehingga tidak ditunaikan doanya.
Alhamdulillah, memang bagus sangat amalkan ni. Suka yang no.7 tu, kalau baca ulang2 kejap je tenang rasa gundah dihati tu.
shamiera osment recently posted…What is a Smart Way to Discipline your Kids?