Mbappe 2025

Penyerang Perancis dan Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe mendahului senarai pemain bola sepak berpendapatan paling tinggi, menurut laporan majalah Forbes.

Penyerang superstar Perancis, Kylian Mbappe akan memperoleh rekod pendapatan tahunan AS$128 juta (RM595.2 juta) sekali gus mengungguli senarai pemain bola sepak dunia dengan bayaran tertinggi, menurut laporan majalah Forbes.

Menurut laporan itu, Mbappe melepasi angka AS$100 juta (RM465 juta) pada usia 23 tahun manakala legenda seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo berada dalam usia 30-an dan di kemuncak karier masing-masing ketika mencapai jumlah itu buat pertama kali.

Mbappe menandatangani lanjutan kontrak tiga tahun pada Mei lalu untuk terus bersama skuad Ligue 1, Paris Saint-Germain.

Baca juga : Biodata Kim Pan Gon, Jurulatih Bola Sepak Malaysia

Kylian Mbappe Paling Kaya

Gaji dan Bonus Kylian Mbappe

Forbes melaporkan, perjanjian itu membolehkan Mbappe menerima gaji AS$110 juta (RM511.51 juta) dan bonus serta pendapatan periklanan mencecah AS$18 juta (RM83.7) daripada jenama seperti Nike, Dior, Hublot dan Oakley.

Rakan sepasukannya di PSG, Messi, 35, menduduki tempat kedua dengan pendapatan AS$120 juta (RM558 juta) manakala Ronaldo dari Manchester United, 37, ketiga iaitu $100 juta (RM465 juta).

Secara keseluruhan, 10 pemain teratas akan meraih pendapatan AS$652 juta (RM3.03 bilion) musim ini, lonjakan 11% daripada angka AS$585 juta (RM2.7 bilion) tahun lalu.

Mbappe, Messi dan Ronaldo menyumbang lebih separuh daripada jumlah itu.

Penyerang PSG, Neymar dari Brazil menduduki tempat keempat dengan AS$87 juta (RM404.5 juta) diikuti bintang Liverpool, Mohamed Salah AS$53 juta (RM246.4 juta).

Baca juga : Forbes 2022 Senaraikan 50 Individu Terkaya di Malaysia

Artikel Berkaitan : Mohamed Salah Kikis Perasaan Islamofobia Penyokong Liverpool

Cristiano Ronaldo MU

Senarai pemain bola sepak bergaji tertinggi Forbes 2022

Kylian MbappePSG and France$128m (£115.2m)
Lionel MessiPSG and Argentina$120m (£108m)
Cristiano RonaldoManchester United and Portugal$100m (£90m)
NeymarPSG and Brazil$87m (£78.4m)
Mohamed SalahLiverpool and Egypt$53m (£47.7m)
Erling HaalandManchester City and Norway$39m (£35.1m)
Robert LewandowskiBarcelona and Poland$35m (31.5m)
Eden HazardReal Madrid and Belgium$31m (£27.9m)
Andres IniestaVissel Kobe and Spain$30m (£27m)
Kevin de BruyneManchester City and Belgium$29m (26.1m)

Baca juga : 120 Maut Rusuhan Bola Sepak Indonesia

Wajah Mbappe turut menghiasi muka depan permainan video EA Sports FIFA, dan dia juga menubuhkan syarikat penerbitan Zebra Valley serta melabur dalam platform NFT, Sorare.

Beliau kini adalah ikon global. Dia mahu membantu dunia dan menunjukkan apa yang mampu dibinanya di Perancis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge