Imam Abi al-‘Izz al-Hanafi ketika mensyarahkan matan aqidah Imam al-Tohawi menjelaskan bahawa para ulama Ahlussunnah wal Jama’ah telah bersepakat bahawa syurga dan neraka merupakan dua makhluk Allah SWT yang telah diciptakan sebelum Allah SWT menciptakan manusia, dan kedua-duanya telah wujud pada masa sekarang.
Mazhab Muktazilah, Qadariyyah dan Khawarij telah mengingkari hal ini, dan mendakwa bahawa Allah SWT hanya akan menciptakan syurga dan neraka pada hari kiamat. Hal ini menurut Imam Abi al-‘Izz tidak lain tidak bukan kerana mereka telah menetapkan kaedah-kaedah batil dan memastikan Allah SWT untuk menuruti kaedah tersebut.
Bagi mereka, adalah satu perbuatan yang sia-sia untuk Allah SWT menciptakan syurga dan neraka sekarang, sedangkan kedua-duanya hanya akan dihuni setelah manusia diadili pada hari kiamat.
Dalil Para Ulama’ Ahlussunnah
Mereka merupakan golongan musyabbihah yang menyamakan Allah SWT dengan makhluk yang tertakluk dengan prinsip. Dan kaedah-kaedah tertentu pada apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan. (Rujuk Syarh al-‘Aqidah al-Tohawiyah, hlm. 420)
Adapun dalil-dalil yang menjadi sandaran para ulama Ahlussunnah cukup banyak, antaranya ialah firman-firman Allah SWT serta hadith-hadith Nabawi:
Maksudnya: maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya. Manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir. – Surah al-Baqarah (24)
Maksudnya: Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu. Dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; – Surah Ali ‘Imran (133)
Baca juga : Reunion Di Syurga, Nikmat Kenangan Manis Selama-lamanya
Tuntasnya, dinyatakan bahawa syurga dan neraka merupakan makhluk Allah SWT yang telah diciptakan, dan telah wujud pada masa sekarang. Dan inilah aqidah Ahlussannah wal Jamaah sebagaimana yang ditegaskan para ulama sejak zaman berzaman berdasarkan dalil-dalil al-Qur’an dan al-Sunnah.
Ada pandangan yang menyatakan bahawa kedua-duanya hanya akan diciptakan pada hari kiamat. Maka ia adalah pandangan golongan Muktazilah, Khawarij dan Qadariyyah yang telah disanggah oleh nas-nas Al-Quran, hadith dan hujahan para ulama. Wallahu a’lam.
Baca juga : Kibir Cetus Penyakit Hati, Rosakkan Hubungan Sesama Manusia
Syurga dunia ada, neraka dunia pun ada..
Laila recently posted…11 Cara Kuruskan Badan Dengan Cepat dan Selamat.