Adiputra Palestin

Penjelajah Grand Slam pertama Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan pelakon, Datuk Mohamed Hadi Putera Halim atau Adi Putra menyerahkan sumbangan RM35,000 kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) untuk membantu penduduk Palestin.

Muhamad Muqharabbin atau lebih dikenali sebagai Qobin berkata, sumbangan peribadi mereka itu bagi memberikan pertolongan kepada penduduk Palestin dan sebagai satu cara membuat kebaikan kepada ummah.

“Sedikit sebanyak rezeki yang ada ini saya berikan sebaik mungkin untuk perjuangan Islam dan Palestin,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

Adi Putra MAPIM

Sumbangan itu diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, Dr Ahmad Sani Araby Al Kahery pada Jumaat. Hadir sama Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Adi Putra bantu Palestin

Menjelaskan lebih lanjut, Qobin yang merupakan Exco Pemuda UMNO berkata, mengikut perancangan asalnya wang tersebut digunakan sebagai persiapan untuk mengerjakan haji dan membeli basikal.

“Tetapi saya tutup hajat tersebut untuk saya serahkan (dana) kepada Palestin,” katanya lagi.

Sementara itu, Ahmad Sani berkata, dari segi jumlah dana terkumpul diperoleh Mapim, pihaknya sehingga kini memperoleh RM4 juta daripada RM12 yang disasarkan bagi membantu Palestin.

https://www.instagram.com/tv/CPDZln9hCQL/?utm_medium=copy_link

“Untuk MyAqsa Defenders di mana Mapim juga turut ada seperti diumumkan, kita telah memperoleh lebih RM17 juta melalui 20 badan bukan kerajaan (NGO) melibatkan lebih daripada 12 figura influencer bersama kita.

“Bantuan diperoleh akan disalurkan kepada Palestin pada bila-bila masa. Di pihak MyAqsa Defenders, kita telah mulakan penghantaran tiga hari lalu menerusi beberapa kontena ke Gaza. Ada bantuan yang kita akan hantar cepat serta ada bantuan yang perlukan penilaian selepas perang,” katanya. – SinarHarian-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge