Beberapa hari ini tular gambar majlis penganugeran berprestij Ijazah fellowship kehormat Royal College of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) kepada Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Pun begitu, fakta gambar diubah dan Noor Hisham dituduh terbabit upacara pergerakan Freemasons. Gambar itu sebenarnya diambil pada Februari 2018 tetapi mula beredar kebelakangan ini di media sosial.

Noor Hisham hari ini membuat hantaran di Facebook, berdoa “semoga dipermudahkan segala urusan demi negara. Dan jauhi daripada sebarang fitnah media sosial,” katanya.

Pada status Facebook itu, dia mengepilkan satu lagi hantaran daripada Profesor Dr Hanafiah Harunarashid dari UKM, yang juga ahli lembaga pengarah RCSEd Malaysia dan mantan penasihat antarabangsa RCSEd.

Hanafiah menjelaskan ketika gambar itu diambil dia ada sebagai saksi majlis penganugerahan tersebut.

Anugerah yang tertinggi adalah Ijazah fellowship kehormat, seperti yang telah diterima oleh DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Canselor UKM (Tuanku Muhriz Tuanku Munawir) dan Kofi Annan, Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu. 

Juga penerima Ijazah Fellowship Ad Hominem, seperti Tan Sri Noor Hisham Abdullah, sebagai mengiktiraf kepakaran beliau sebagai pakar bedah tersohor di bidang pembedahan endokrin.

Bukan calang-calang orang yang pernah menerimanya.

Menurut Hanafiah baru-baru ini dia terbaca “fitnah besar” mengaitkan gambar pengarah kesihatan dengan upacara Freemasons dan keagamaan.

“Ini adalah tidak benar sama sekali. Gambar beliau adalah bersama Presiden, Professor Michael Lavelle Jones. Saya menjadi saksinya dan telah memohon RCSEd membuat kenyataan,” katanya menggesa semua pihak menjauhi ftnah.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *