Kiub ais jernih atau keruh

Mungkin anda penggemar minuman berais namun anda tidak perasan ada masa ketul ais yang diberikan jenis jernih ataupun yang jenis keruh atau putih.

Kenapa ada 2 jenis ais? Sebenarnya ada perbezaan antara 2 jenis ketul ais ini tak semua orang tahu.

Ketika enak menikmati minuman sejuk pada waktu cuaca panas terik atau masa lepak minum di kedai, pastinya setiap daripada kita terfikir, ais yang diletakkan dalam gelas itu guna air masak atau air paip kan.

Ais kiub

3 perbezaan antara ais kiub jernih dan keruh

1. Kiub ais jernih adalah air ditapis atau dimasak

Menurut posting Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Melaka (BKKM Melaka), air secara semula jadinya mengandungi gas seperti oksigen, mineral dan bahan kimia lain.

Apabila kita masak atau mendidihkan atau menapis air, kandungan mineral dan oksigen yang terkandung di dalamnya akan hilang. Jadi ketulan ais yang terhasil daripada air yang ditapis atau dimasak akan kelihatan jernih.

Untuk air yang tidak dimasak pula, apabila air disejukbekukan menjadi ais, gas yang terkandung akan menjauhi suhu sejuk itu. Maka gas ini akan terperangkap di dalam dan mengganggu pembentukan struktur ikatan antara molekul air.

Ikatan yang tidak sekata ini menyebabkan ais itu menjadi rupa “keruh”.

Ais keruh dan jernih

2. Ais yang jernih lebih lambat cair

Gas yang terperangkap dalam ais yang keruh menjadikannya lebih cepat mencair berbanding ais yang jernih.

Ini kerana gas yang terperangkap akan mempercepatkannya mencapai suhu bilik.

Ini bermakna, kita dapat menikmati minuman sejuk dengan lebih lama jika meletakkan ais kiub yang jernih dalam minuman.

3. Kiub ais yang jernih lebih sedap

Disebabkan kandungan molekul air yang lebih padat tanpa gas tadi, rasa ais juga menjadi lebih sedap dan asli tanpa “memerangkap” sebarang perasa daripada peti ais atau persekitaran tempat ia disimpan.

Bayangkan kalau air kegemaran kita bertukar rasa disebabkan ais, mesti hilang selera nak minum kan?

Syarikat Pengeluar Ais

Ada tips bagaimana membezakan ais air paip dengan ais air masak:

  • Ais daripada air mentah (air paip) berwarna putih kerana banyak gas yang masih terperangkap di dalamnya.
  • Kebiasaannya ais yang dibuat daripada air mentah adalah ais blok yang digunakan untuk menyejukkan ikan atau daging di pasar.
  • Ais daripada air masak pula akan kelihatan jernih kerana gas di dalamnya telah dilepaskan ketika merebus air tersebut. Ais ini dipanggil ais kristal.
  • Ais kristal sudah banyak digunakan, ia berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Sekarang anda sudah tahu apa perbezaan antara kedua-dua jenis ais ini, bolehlah kita menjadi lebih bijak masa memilih dan membeli ais kiub di kedai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge