Kwsp akaun 2

Pelaburan kasar KWSP sepanjang sembilan bulan 2021 adalah 7.7 peratus lebih tinggi tahun ke tahun pada RM48.02 bilion, berbanding tempoh sama tahun 2020. Peluang untuk dividen lebih tinggi adalah cerah susulan laporan kewangan korporat suku keempat yang lebih baik.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.10% untuk Simpanan Konvensional, dengan jumlah agihan dividen RM50.45 bilion.

Manakala kadar dividen sebanyak 5.65% untuk Simpanan Shariah, dengan jumlah agihan dividen RM6.27 bilion.

Pengumuman ini cukup signifikan memandangkan beberapa perkembangan telah mempengaruhi pulangan dividen badan itu. Ia termasuk prestasi Bursa Malaysia sepanjang 2021, penutupan ekonomi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengeluaran wang simpanan melalui beberapa inisiatif termasuk i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra.

KWSP sebelum ini pada 2020 mengumunkan dividen 5.2 peratus dengan jumlah bayaran berjumlah RM42.88 bilion bagi simpanan konvensional dan 4.9 peratus bagi simpanan shariah melibatkan nilai bayaran RM4.76 bilion.

Baca juga : Alternatif i-Citra KWSP : Tambahan Bantuan Atau Galakan Berhutang?

Artikel Berkaitan : Rakyat Bukan Saja-saja Tuntut Pengeluaran RM10K i-Citra KWSP!

I Citra KWSP one off

Seorang ahli Parlimen mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan ‘i-Ceria’ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Selasa berkata, hal ini kerana terdapat keperluan mendesak bagi sebilangan rakyat Malaysia menggunakan wang persaraan mereka itu bagi tujuan meneruskan kelangsungan hiudp.

“Tuntutan ini bukan menidakkan kebimbangan kerajaan terhadap simpanan hari tua, tuntutan saya ini juga bukanlah menafikan fakta mengenai 20 peratus daripada pencarum KWSP tidak mempunyai simpanan yang cukup di hari tua.

“Tuntutan saya pada hari ini adalah semata-mata untuk memastikan permintaan Keluarga Malaysia dipenuhi, khususnya buat mereka yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik Covid-19, ditambah pula musibah banjir yang telah berlaku baru-baru ini,” – Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol)

Baca juga : Pengeluaran RM10,000 One-Off KWSP Boleh Dilakukan Dengan Syarat – Pakar Kewangan

semak dividen kwsp 2018

Sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula tuntutan rakyat iaitu pengeluaran KWSP untuk kali terakhir dan secara bersasar bagi mereka yang memerlukan, bergantung kepada jumlah simpanan.

Sebelum ini, kerajaan telah membenarkan pengeluaran wang KWSP menerusi beberapa siri inisiatif, i-Sinar, i-Citra dan i-Lestari.

Cadangan berkenaan turut dipersetujui beberapa ahli Parlimen termasuk Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit), M Karupaiya (PH-Padang Serai), Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) dan Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat).

Sementara itu, Karupaiya dan Hasan berpendapat kerajaan perlu mengawal kenaikan harga barang susulan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab cenderung menaikkan harga ketika rakyat menerima bantuan kewangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge