Hentaman Asteroid Dimorphos

Kapal angkasa NASA berjaya merempuh asteroid Dimorphos malam Isnin dalam usaha untuk menyelamatkan bumi suatu hari nanti, lapor Bernama yang memetik Agensi Anadolu (AA).

Projek yang dikenali Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) itu disiarkan secara langsung oleh agensi angkasa lepas AS untuk menunjukkan kepada dunia ujian pertahanan bumi sekiranya asteroid menghala ke arah perlanggaran dengan planet kita pada masa hadapan.

Nahas yang disengajakan itu telah dijalankan sejak tujuh tahun lalu yang bertujuan untuk melihat sama ada tindakan pemesongan mampu menghalang potensi asteroid daripada memusnahkan bumi.

Asteroid Dimorphos adalah sepanjang 160 meter dan mengorbit sebuah asteroid besar bernama Didymos.

Asteroid Dimorphos

Permukaannya yang berbatu-batu akhirnya dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa minit terakhir ketika DART bergerak dan menghentam ke arahnya pada kira-kira 23,500 kilometer sejam.

Apa yang pasti ialah kedua-dua asteroid itu tidak menimbulkan ancaman kepada bumi kerana ia melepasi planet tersebut dan berada pada jarak kira-kira lebih 10 juta kilometer.

NASA berharap melalui hentaman itu, asteroid tersebut akan bergerak ke orbit yang lebih kecil dan mengurangkan 10 minit masa yang diperlukan untuk mengelilingi Didymos.

Baca juga : 6 Tips Untuk Penerbangan Ideal Yang Ramai Tidak Tahu

asteroid Dimorphos

Misi DART dilancarkan November lalu dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg di California.

Pada malam Isnin, pengendali misi mengawal kapal angkasa itu secara manual dan menyasarkannya menghala ke asteroid yang dinamakan Dimorphos yang jaraknya kira-kira 10.5 juta kilometer di angkasa lepas.

Kapal angkasa itu merempuh asteroid pada kelajuan 15,000 batu sejam atau 24,140 km sejam dengan kamera khas dari sebuah angkasa Itali yang merakamkan kesan kosmik tersebut.

“Ini adalah demonstrasi teknologi yang sangat sukar yang melanda asteroid kecil, kami tidak pernah lihatnya sebelum ini, dan kita melakukannya dengan cara yang begitu hebat,” – Chabot.

1 Comment

  1. biasa tgk dlm movie, NASA hantar team utk letupkan asteroid. kali ni, langgar..hope ada movie baru nnt

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge