Bantuan URUS B40 dan B50

Masyarakat khususnya para peniaga dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dan teliti ketika proses pembayaran dibuat oleh pembeli yang menggunakan kaedah “schedule payment” agar tidak menjadi mangsa penipuan pembayaran atas talian.

Jadikan infografik yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai panduan dan elakkan diri anda daripada menjadi mangsa.

scam scheduled payment

Modus Operandi Scam Scheduled Payment

1. Buat SCHEDULED PAYMENT

2. Pilih tarikh bayaran 3 hari akan datang
Contoh : Pembeli beritahu akan bank in hari ni 9 Oktober 2018. Tapi masa pembayaran atas talian dibuat, dia pilih SCHEDULED PAYMENT dan pilih tarikh 12 Oktober 2018.

3. Ini bermakna penjual akan menerima bayaran tersebut pada 12hb Oktober. Bukan 9hb Oktober.

4. Selepas selesai transaksi, resit akan di ‘screenshot’ dan pembeli tersebut akan hantar resit tersebut kepada penjual sebagai bukti pembayaran.

5. Disini masalah bermula, resit yang pihak bank keluarkan sama dengan ‘normal transfer’. Tiada cacat cela. Tiada langsung mengatakan transaksi ini adalah SCHEDULED TRANSFER.

6. Paling tak menyenangkan atas resit ada perkataan SUCCESSFUL.

7. Penjual terima resit. Nampak asli dan terus pos barang tanpa menyemak baki akaun.

8. Bila pembeli dah dapat ‘tracking’ number barang, dia akan batalkan SCHEDULED PAYMENT tersebut.

9. Makanya melopong penjual berkenaan bila mana barang dah di pos.

10. Kerana walaupun transaksi dibuat pada 9 Oktober resit pun nyatakan transaksi dibuat pada 9 Oktober. Tapi duit tak masuk sebab SCHEDULED PAYMENT boleh di batalkan pada bila masa sahaja.

11. Lagi haru ialah walaupun baki dalam akaun kita tinggal RM2, kita masih boleh buat SHEDULED PAYMENT. Jadi penipu bebas letak apa-apa amaun yang dia nak.

12. Tanpa perlu batalkan transaksi tersebut pun, bila tiba hari yang dijadualkan, bila sistem semak baki akaun tak cukup, maka transaksi tersebut akan automatik batal.

13. Maka seronoklah penipu dapat barang tanpa perlu buat bayaran.

SEMAK AKAUN SELALU!

Kredit : Hafifi Hafidz

Baca juga : Beli Barangan Online, Tapi Tak Sama Dengan Iklan

duit transfer Scheduled Payment

Kes ini telah berulangkali dan banyak berlaku di kalangan penjual, yang mungkin sedikit alpa. Pihak bank juga sepatutnya perlu keluarkan rupa slip pembayaran berbeza bagi scheduled payment. Ini adalah kerana slip pembayaranscheduled payment yang dikeluarkan adalah benar. Cuma perlaksanaannya pembayaran adalah tertangguh.

Tak salah untuk lebih berhati-hati daripada menanggung kerugian yang boleh dielakkan.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
mrhanafi
3 years ago

perlu sangat berhati-hati dalam perrkara ini…

jika tidak susah nanti
mrhanafi recently posted…Usaha modal sekali untung berkali kaliMy Profile