Pendakwah terkenal, Ebit Lew menyewa beberapa bas bagi membantu membawa pulang penuntut yang terkandas di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Setakat ini menerusi perkongsian di Facebook (FB) rasminya, Ebit sudah menyewa bas untuk penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim pulang ke Pantai Timur.

“Ramai pelajar mesej saya daripada pelbagai universiti disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online.

“Ramai juga yang baru daftar. Sayu dan kasihan sangat pada mereka semua. Merekalah pemimpin masa depan,” katanya dalam hantaran FB.

Namun, bantuan itu telah mendapat respon daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI supaya meminta Ustaz Ebit Lew mengikut prosedur.

Katanya, ia perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak universiti, yang secara langsung mendapat kebenaran daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Saya mohon maaf pada pihak pentadbiran upsi terutama vice cancelor Prof Dato sendiri yang menghubungi pihak saya tadi supaya saya membuat permohonan maaf terbuka. Saya minta maaf pada semua adik pelajar universiti lain juga. Saya tengok pelajar macam anak-anak saya sendiri.

Saya terpaksa tangguhkan 20 bas. Asal saya niat buat semua ini untuk pelajar berdasarkan keluhan saya tanggung dan dengari. Sebab dulu saya berhari-hari lapar tu biasa. Saya memang jarang balik kampung sebab tiada duit. Selalu tidur masjid jer dulu. Makan pun tumpang dekat masjid.Saya minta maaf saya salah. Saya cuma membantu. Ramai pelajar dah balik dan ada yang keluarga ambil.

Saya cuma siapkan macam bas awam. Syukur bas yang bergerak pun dah sampai selamat. Biasa naik bas bayar tapi kali ini free dan lebih tersusun dan tak perlu nak ke bus stop dan naik train. Saya tangguhkan 20 bas sehingga di beri kelulusan.

MPP UPSI maklumkan mereka amat terbuka dan mengalu-alukan sebarang bantuan oleh mana-mana pihak luar namun menyarankan bantuan yang dihulurkan perlu mengikuti peraturan dan SOP yang ditetapkan.

Jelasnya, sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku, pastinya pihak universiti, KPT dan negara akan dipertanggungjawabkan.

Tinjauan mendapati, pihak MPP UPSI telah melancarkan Tabung Insentif Prihatin UPSI.

“Mahasiswa Sinergi Kepimpinan Bervisi”

2 Comments

  1. Sampai hari ni tak faham kenapa Ebit Lew perlu minta maaf. Tkpelah, diorang pun dah berbaik kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge