bayaran GKP 4.0

Komitmen kerajaan untuk membantu para peniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro diteruskan dengan pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 Fasa 2 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH). Pembayaran berjumlah RM500 akan dibuat mulai Selasa, 23 November 2021 dan bakal memanfaatkan lebih 1 juta PKS mikro yang layak.

Bayaran ini adalah lanjutan daripada bayaran Fasa 1 sebanyak RM500 yang telah dibuat pada September 2021. Secara keseluruhan, setiap peniaga terbabit akan menerima bayaran berjumlah RM1,000 di bawah GKP 4.0 bagi meringankan beban kewangan mereka akibat pandemik COVID-19.

Tarikh Bayaran GKP 4.0

Mereka yang akan menerima GKP 4.0 adalah PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:

  • Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
  • Permohonan baharu GKP 4.0


Nilai bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:

Layak GKP 4.0Nilai Bantuan
Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
yang berstatus Lulus
RM1,000 (2 Fasa)
Lulus permohonan baharu GKP 4.0 RM1,000RM1,000 (2 Fasa)

Inisiatif ini akan melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta. Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP. Semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 22 November 2021 melalui Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, penerima GKP boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut
dimuat naik di portal berkenaan.

Bayaran Fasa 2 GKP 4.0

Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih 1 juta PKS mikro di bawah GKP semenjak COVID-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion.

Kerajaan berharap agar bantuan tunai berterusan kepada PKS mikro yang layak ini dapat membantu aliran tunai di samping menggerakkan dan memulihkan kembali perniagaan mereka yang merupakan sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik COVID-19.

KeluargaMalaysia
BekerjaBersamaRakyat
DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge