kurta Malu Apa Bossku

Bekas Perdana Menteri ke-6, Dato’ Seri Mohd Najib Razak masih lagi menjadi sebutan ramai meskipun dua kali telah bertukar peneraju negara.

Menjadi rutin bagi beliau berkongsi aktivitinya di laman Facebook rasmi Najib Razak.

Terkini Dato’ Seri Mohd Najib telah menjadi model pakaian lelaki, kurta dibawah jenama MAB.

Kurta MAB White

Apa itu MAB? Pastinya anda semua tahu bukan tagline Dato Seri Mohd Najib bukan? Sudan tentu “Malu Apa Bossku”.

“Ya, saya buat #duakerja. Saya bukan Melayu malas yang disebut PM ke-4/7/7i. Sebab itu, saya kerap ke gym untuk keep fit”, tulisnya.

Kurta MAB Maroon
Kurta MAB Dark Blue

Menurutnya, beliau bersetuju untuk membantu usahawan muda Malaysia yang tidak pernah berhenti menyokongnya dari dahulu sehingga kini meskipun dihadapkan dengan pelbagai tuduhan.

Tambahnya, beliau merasakan tidak salah untuk membantu orang lain dan agama Islam juga mengajar kita agar saling membantu sesama insan.

“Bila kita masih mampu bantu, kita bantu saja bila diminta. Takkan nak minta Mahfuz atau Kit Siang model pulak?,” kongsi beliau.

Kurta MAB Red
Kurta MAB Matte Green

Perkongsian foto-foto beliau menggayakan kurta MAB boleh dilihat di Instagram Ron Kamisan, iaitu usahawan muda serta pengikut setia Dato’ Seri Mohd Najib yang sering bersama khususnya dalam program sukan permotoran.

Kurta MAB Matte Black

Wahh nampaknya Bossku sudah bergelar model pula ya! Tambahan Aidilfitri semakin hampir, pasti kurta MAB akan menjadi fenomena baru dalam negara.

Jika berminat menjadi agent, whatsapp kami segera kerana slot agent dah xbanyak dah. 010-228 5055 (Ron)

– THE MALAYA POST

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge