HANNA Laman Sendayan

Penularan pandemik C0VID19 yang melanda seluruh dunia merupakan kenyataan yang perlu kita terima. Dengan bilangan kes positif yang kian meningkat, wabak ini dijangka akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada industri pelancongan, perkhidmatan dan pembuatan, malah juga industri hartanah.

Ini berlaku kerana pihak pemaju tidak ada pilihan melainkan menjual unit-unit yang mereka bina pada harga paling kompetitif untuk melindungi diri daripada kesan pandemik yang belum diketahui bila berakhir dan vaksin pula ketika itu baru mula disuntik.

Namun, sesetengah pemaju sudah mula menawarkan produk inovatif, terutamanya untuk memenuhi pasaran golongan 25-45 tahun atau unit di bawah harga RM400,000.

rumah subsale

Rumah Mampu Milik

Golongan muda mahu hidup bergaya tetapi mahukannya pada harga yang mampu milik.

Tindak balas sesetengah pemaju ialah dengan memberi tawaran yang inovatif. Kalau sebelum ini konsep “townhouse” ditawarkan agar rumah teres lebih mampu dimiliki, kini dikembangkan kepada konsep dwi-rumah, iaitu pemilikan berasingan untuk aras bawah dan atas.

Bezanya dengan townhouse ialah ia menawarkan “built-up” atau keluasan yang lebih besar.

Selain itu, bersesuaian dengan tuntutan gaya hidup sihat oleh golongan muda, ada pemaju memperkenalkan taman bersama di belakang teres dwi-rumah ini yang ada yang ditawarkan di bawah RM400,000 seunit.

Pangsapuri juga lebih direka bentuk untuk golongan muda yang baru membina keluarga ini dengan tawaran bawah RM400,000 untuk keluasan 1,000 kaki persegi.

Rumah teratai

Lonjakan Jualan Sektor Hartanah

Antara faktor yang buatkan rasa positif terhadap sektor ini di Bursa Malaysia kini termasuk kadar faedah yang kini berada di tahap paling rendah, kecairan pasaran dan langkah-langkah sokongan yang diberikan oleh kerajaan.

Selain itu, menurut satu laporan dalam portal knowledgebuymoney.com minat terhadap kaunter hartanah juga dibantu oleh lonjakan jualan yang dicatat oleh sektor hartanah pada suku keempat 2020 dan sasaran jualan kukuh yang dibuat oleh pemaju-pemaju hartanah untuk tempoh mendatang.

Antara syarikat-syarikat yang dilihat mengetuai kebangkitan sektor ini, menurut pandangan penganalisis saham, termasuk SP Setia Bhd yang mempunyai simpanan tanah di seluruh negara dan dipimpin oleh pengurusan kanan yang mantap.

Mah Sing Group Bhd juga antara syarikat hartanah yang menjadi perhatian, disokong pula oleh keputusannya turut menceburi bidang penjagaan kesihatan.

Taman Salak Lestari

Jadi, ini memang masa yang sesuai untuk membeli rumah!

Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah. Namun yang menjadi persoalan, adakah pembiayaan rumah kali pertama itu lulus atau tidak.

Pihak bank akan membuat tapisan sangat terperinci untuk pastikan yang benar-benar layak dan berkemampuan sahaja akan dapat pinjaman perumahan. Jadi untuk memastikan pembiayaan rumah kita tidak ditolak, penting untuk ketahui beberapa perkara sebagaimana yang dikongsikan.

Ilmu Berguna Nak Beli Rumah

Semua orang ada impian nak beli rumah. Tak kira dalam masa terdekat atau pada masa depan. Sebelum nak beli, ada beberapa perkara yang kita kena ambil tahu. Bukan setakat kumpul duit dan buat kajian pasal rumah saja.

Ini termasuk proses kiraan awal untuk dapatkan pinjaman daripada bank. Bagi yang baru pertama kali nak beli rumah, dikongsikan cara kira pinjaman perumahan yang layak kita dapatkan.

Sistem kiraan ini dipanggil DSR (Debt Service Ratio). Kalau korang berjumpa dengan pegawai bank bahagian pinjaman perumahan, dan korang ada ilmu pasal ini, mereka lebih suka nak berurusan dengan kita.

Sebab ini akan mudahkan kerja, dan juga senang nak faham penjelasan mereka pasal pinjaman perumahan. Fahamkan DSR, dan ia akan cerahkan peluang korang dapatkan pinjaman perumahan dengan mudah.

Wang Bantuan

Buat Kiraan Ansuran Bulanan

Yang pertama, kita boleh buat kiraan dulu berapa anggaran ansuran bulanan yang kita perlu bayar kepada bank. Dengan kalkulator kiraan tersebut, kita boleh buat persediaan untuk peringkat seterusnya. Boleh digunakan di seluruh dunia, kiraannya sama sahaja.

Jika sudah bersedia untuk memohon pinjaman perumahan, kita perlu menyediakan dokumen yang dikehendaki, termasuklah:

  • Salinan kad pengenalan/pasport anda
  • Slip gaji
  • Penyata akaun bank dan KWSP, termasuk penyata Deposit Tetap, Bon, Unit Trust
  • Resit cukai pendapatan
  • Borang tempahan pembelian hartanah (Booking form)

Untuk yang bekerja sendiri, perlu sediakan semua dokumen di atas dan juga:

  • Penyata akaun bank syarikat
  • Penyata akaun bank peribadi
  • Pendaftaran perniagaan

Adakalanya bank memerlukan lebih banyak dokumen seperti surat rasmi dari tempat kerja untuk buktikan kita memang bekerja di situ, jadi jangan risau dan sediakan saja.

Kadar DSR dinilai dengan kekuatan, jaminan aset, rekod bayaran pinjaman yang dibuat, dan faktor-faktor lain. Kalau setiap faktor ini adalah positif, potensi untuk bank luluskan permohonan korang adalah tinggi.

KIta juga boleh berunding dengan pihak bank untuk dapatkan terma dan syarat pinjaman yang lebih baik, seperti mengurangkan kadar bunga (interest) dan bayaran untuk yuran-yuran lain.

4 Comments

  1. Info yang sangat berguna memandangkan skrg kita dalam pandemik. Perlu kira betul-betul untuk miliki rumah.

  2. Terima kasih untuk artikel bermanfaat ni. Kalau perasan, waktu pandemik ni banyak betul jualan rumah. Namun, poket rakyat ni semakin menipis. Rakyat kena bijak memilih rumah mengikut developer yang sesuai. Sebab bukan hanya loan rumah aje. Kos lain pun ada. So, cari rumah biar sesuai dengan poket agar loan di bayar setiap bulan tanpa gagal.
    Ruby recently posted…KAFE 15 MAY MENAMPILKAN KONSEP PIKNIK GAYA KOREA DI DALAM PUSAT MEMBELI-BELAHMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge