249Shares

Dalam pada dunia sedang sibuk melawan penularan wabak pandemik Covid19, pemimpin besar dunia masih tertanya-tanya siapakah pengganti ketua pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un yang dikhabarkan menghadapi masalah kesihatan yang kritikal. Kim juga dikatakan telah meninggal dunia, namun masih tiada berita rasmi daripada pihak kerajaan Korea Utara.

Satu nama yang dikatakan sebagai pengganti pemimpin diktator itu ialah Kim Yo-Jong.

Siapakah Kim Yo-Jong?

Biodata Kim Yo-Jong

Kim Yo-Jong adalah adik perempuan kepada ‘supreme leader’ Korea Utara, Kim Jong-un. Berusia 32 tahun, Kim Yo-Jong adalah lulusan universiti di Switzerland, sama seperti Kim Jong-Un dari tahun 1996 sehingga 2000.

Kim Yo-Jong juga lulusan sarjana Sains Komputer di Universiti Kim II Sung Pyongyang pada tahun 2007.

Ramai mengenalinya sebagai wanita yang memegang bekas abu rokok abangnya semasa rehat sebelum persidangan Amerika Syarikat-Korea Utama 2019 di Hanoi, Vietnam.

Kim Yo-Jong menyertai Parti Buruh Korea (WPK) pada tahun 2007, sebagai sekatariat kepada bapanya, Kim Jong-il sehingga kematiannya pada tahun 2011.

Kim Yo-Jong menyambung khidmat di bawah pemerintahan abangnya dan menjadi Naib Pengarah Jabatan di Propaganda and Agitation Department.

Sejak berkuasa sejak tahun 2011, nama abangnya, Kim Jong-Un sudah menjadi topik perbincangan pemimpin dunia tentang ketegasan dan kelantangannya menentang bukan sahaja musuh politik, tetapi juga ahli keluarga sendiri.

Kim Yo-Jong sebagai Mastermind

Menurut The Guardian, mereka percaya Kim Yo-Jong adalah ‘mastermind’ yang merencanakan perjalanan politik dan pemerintahan Kim Jong-Un dengan baik di mata rakyat Korea Utara dan dunia luar.

Pada tahun 2018, Kim Yo-Jong menarik perhatian dunia apabila menghadiri Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan dan turut bertemu dengan Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan Naib Presiden Amerika Syarikat, Mike Pence.

Kim Yo-Jong juga berjaya menaikkan amarah pihak bersekutu Amerika Syarikat dan Korea Selatan dengan provokasinya melancarkan ujian senjata nuklear dan peluru berpandu balistik. Senjata-senjata ini dikatakan mampu memusnahkah Korea Selatan yang turut menempatkan pasukan tentera Ameria Syarikat.

Menurut pakar Korea di The Fletcher School di Tufts University bernama Sung Yoon Lee berkata, Kim Yo-Jong dikatakan lebih tegas dan kejam berbanding abangnya, jika menduduki tampuk Pemimpin Tertinggi Korea Utara. Kenyataan pakar ini disokong dengan ketidak-hadiran Kim Yo-Jong selepas pertemuan pemimpin Parti Buruh Politbiro pada 11 April.

Wanita Pertama Menjadi Pemimpin Korea Utara

Korea Utara merupakan negara yang mementingkan level senioriti dan jantina lelaki lebih diutamakan. Professor Natasha Lindstaedt berkata isu jantina bukan halangan besar. Status Kim Yo-Jong sebagai orang yang paling dipercayai oleh Kim Jong-Un memungkinkan beliau menjadi wanita pertama menjadi Pemimpin No.1 Korea Utara.

Walaupun beberapa pihak mempertikaikan kemampuan untuk menggantikan takhta Kim Jong-Un, tidak ramai pakar yang sedar kuasa sebenar pemerintahan masih terletak di tangan ahli keluarga Kim. Kim Yo-Jong juga dikatakan mampu meneruskan pemerintahan ala pemerintahan abangnya sebelum ini dengan menggabungkan taktik keganasan dan diplomasi. Kim Yo-Jong sudah cukup masak dengan permainan untuk kekal berkuasa.

Jika Kim Yo Jong menggantikan Kim Jong Un, maka takhta kepemimpinan tetap berada di tangan keturunan Kim Il Sung.
Lima Minit

249Shares

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge