Bob Lokman

Perginya pejuang seni, Almarhum Mohd Hakim bin Lokman @ Bob Lokman di Hari Jumaat yang mulia ini. Sama-sama kita bacakan Al-Fatihah. Semoga keluarga beliau tabah menghadapi ujian ini.

Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian.

Bob Lokman Meninggal Dunia

Pelakon filem Iskandar itu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah, sejak 1 Oktober tahun lalu, berikutan jantung pada bahagian atas tidak berfungsi dengan baik.

Pada April lalu, Bob Lokman terpaksa mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@lIUM) di Kuantan, Pahang ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang.

Moga Allah rahmati dan kurniakan keampunan buat beliau dan golongkan beliau di kalangan solihin.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge