Bantuan URUS B40 dan B50

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.

Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.

Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Baca update terkini : Bantuan RM1000 untuk Golongan B40, PM umum BPN 2.0 Kita Prihatin

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:

Kriteria kelayakan BPN 2020

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: http://www.hasil.gov.my

Baca juga : Tips dan Cara Hantar Borang Bantuan Prihatin Nasional BPN 2020

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Nombor pertanyaan BPN

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.

Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.

Baca juga : 3 Cara mohon pengeluaran i-Lestari KWSP 2020

Apa itu B40 M40 T20

Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

1) Isi Rumah

a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

2) Bujang

  1. a)  Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkanmaklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
  2. b)  Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun danke atas); dan
  3. c)  Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.

Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:

1) Isi Rumah

a)  Kahwin; atau
b)  Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
c)  Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.

2)  Bujang

a)  Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
b)  Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
c)  Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).

3)  Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

duit belanja isteri
gambar hiasan

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei 2020.

Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:

1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan.

cara simpan duit
gambar hiasan

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
  3. Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my

Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:

  1. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
  2. Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
  3. Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Borang mohon BPN bantuan prihatin nasional LHDN BSH BPN
Borang mohon BPN bantuan prihatin nasional maklumat pemohon
Hantar borang mohon BPN Bantuan Prihatin Nasional 2020

Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus. Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.

207 Comments

    1. Author

      boleh buat permohonan pada 1 april 2020 jika tiada dalam senarai BSH

      1. Knpe tiada data n kne isi semula..nk isi.. Xwujud pun tempt nk isi.. Dari tgh mlm.. Buat xdpt..

        1. Knp x dpt2 menebusi line lhdn ni. Bagaimana nk daftar.

          1. Author

            cuba online pada waktu offpeak. ada yang try waktu sebelum subuh 4-5 pagi. lancar.

          2. Saya dah daftar bpn hritu lulus cume saya tersilap tekan password dia suruh cal lhdn blik masaalahnya says cal susah nak angkt boleh bagi solusi

          3. Author

            dah lulus, biarkan saja kan? tunggu masuk duit je lah kan..

        2. Sy dah check lulus BPN,masalahnya nk nk buka maklumat pembayaran x blh…dah jawab soalan btl pun x blh buat lain kata laluan..kenapa ya

          1. Author

            dah lulus, biarkan sahaja. tengok di button kemaskini permohonan

      2. Macam mna nk daftar bgi bujang pynya

        1. Author

          daftar dan mohon seperti biasa dengan details di borang online tu saja

      3. Knp x blh buka laman web bsh, hasil untuk cek samada berjaya or tak,,, krn sy x dpt bsh,, n dh buat permohonan baru,, dmklumkn borg sudah dterima n sdg diproses

      4. Saya dh daftar isi semua maklumat.. bila nak hantar tulis maklumat tidak berjaya dihantar

        1. saya pon mendapat masalah yang sama, permohonan tidak dapat di hantar

        2. Tukar email lain. Saya dah try boleh..

          Sebelum tu berpuluh kali tidak berjaya. Selepas tukar email lain terus berjaya.

      5. Hai. Sy dh cek status di lhdn tetapi tdak lulus atas alasan seorg pelajar. Ttpi sy dh graduate thun lepas dn sdg bkrja gaji bwh 2k. Saya telah cuba mmbuat prmohonan baru dan masih mnunggu keptusan. Brapa lamakah tempoh untuk menunggu kputsan kelulusan bpn trsebut? Sbb sdh lbih smnggu brlalu ttpi msih blum juga ada respon. Mohon pencerahan, tq.

        1. Author

          Permohonan baru dan rayuan tamat pada april 2020. Moga ada sinar, Biarkan ia proses bersama jutaan pemohon yang lain

    1. Kenapa permohonan tidak berjaya dihantar. Maklumat semua sudah isi lengkap

        1. Yer saya mengalami masalah sama. Da try berpuluh kali…sepanjang hari. Da try waktu siang hari, awal subuh dan juga waktu malam pukul 2-3pagi.

          1. Salam tuan.. Mntk kepastian.. Kl ikutkan sy mmg layak utk terima BPN.. Dan Telah di lulus kn.. Tp masalahnya sampai skrg sy x terima LG duit BPN.. Dah cuba telefon LHDN tapi x dapat.. So apa patut saya buat..
            Tq atas penjelasan.

          2. Author

            Permohonan baru ke? atau memang sedia dah lulus? Jika permohonan baru atau rayuan, kena tunggu bulan Mei laa nanti

  1. boleh bantu tengok ke kerana aku tak tahu isi

      1. Author

        mungkin jutaan pengguna sedang mencuba untuk melayari laman sesawang tu. Memang ramai. Boleh cuba waktu malam atau kurang aktif

          1. Author

            Baru je dibuka untuk semakan dan permohonan. Tunggu makluman tu kemudian. Isi borang online tu, cuba dalam waktu off peak, sebelum subuh line clear.

        1. Saya umur 21, sy masih belajar, adakah sy layak menerima BPN untk kategori bujang?

      2. tau takpe lama gila dah malam pun masih lama lepas tu dia suruh check your internet connection padahal tgk youtube hd tak payah buffering pun

      3. kenapa BPN sy tak lulus sedangkan BSH bulan lepas sy dapat…

          1. saya student, sy isi untuk bujang dan tiada pendapatan. bila siap isi dan permohanan saya tidak berjaya dihantar. macam mana ya?

          2. Author

            ada keluar error apa ya? boleh minta hubungi nombor LHDN yang tertera

      1. Author

        boleh cuba ke link yang tertera pada waktu off peak. Waktu siang memang waktu puncak. Ada yang cuba pada jam 3-5 pagi. Ada yang tunggu waktu reda sedikit masa nanti

  2. T.kasih kerana bantu rakyat malaysia

    1. Saya dah buat permohonan Bpn dari 1/4/20…tpi sampai sekarang masih lagi tulis permohonan di terima sahaja. Tiada bg tau lulus atau sebaliknya.

        1. Saya apply 2 april sampai sekarang pemohoman diterima

          1. Author

            memang pun. permohonan baru dan rayuan, proses bulan Mei 2020.

  3. Saya ingin mendaftar sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional.

        1. Assalamualaikum…saya tidak pernh mngisi lg prmohonn ini..dan saya merupkan ibu tunggl..mcm mn ya nk buat prmohonn

          1. Author

            salam. boleh isi seperti biasa dan masukkan maklumat2 yang ada di laman sesawang BPN

      1. Sy dah kemaskini bsh pd 1feb 2020 tpi xde maklumbalas dr lhdn

      2. Boleh saya tahu. Alamat tu isi alamat kita berada sekarang atau alamat yg tertera di kad pengenalan?

        1. Salam..sy nak tanya..sy baru berkahwin..suami sy lulus bpn dr rekod bsh..tetapi rekod itu semasa kmi blom berkawin..dia blom dpat update sudah berkahwin… dan dia dikira masih bujang.. Sy pulak xdpt dapat daftar ..da berapa kali cuba.. dlu sy pernah berkawin..adakah maklumat sy masih bersama ex suami sebab tu xboleh update? Atau mcmana? Ex suami pun sudah berkawin lain..dan kmi ada seorg ank … Kmi masing2 berganti2 jaga ank itu.. Sekian trima kasih..mohon bantuan

          1. Author

            cikpuan tak dapat daftar sebab apa tu ya? cuba mohon dan kemaskini data di link BPN tertera. Cuba pada waktu offpeak, waktu awal pagi, lancar trafik website

      3. Hi saya nak tanya umur saya umur 21 tahun ,tetapi befday bulan 7 baru cukupp 21 ,dekat borang bpn nie dia ada tulisan umur pada tahun 2020 .tetapi saya letak umur saya 20 tahun layakkah saya mendapati bantuan tersebut ?

        1. Author

          Individu yang memasuki umur 21 tahun dalam tahun 2020 adalah layak memohon.

  4. Asalamualikum dlu sya pernah dpt Brim bila tukr kerjaan sya tidk lagi dpt BSH hanya kerana isteri sya pemegang pasport.kini telah kembali ke kerjaanPN boleh kah sya memohon kembali

  5. Saya tak tahu nak isi…tapi hari saya isi borang yang lagi satu…disitu saya letak bujang sebab hanya dua pilihan …sebenar saya dah cerai..tapi kami tak daftar ..macam mana ya

  6. How to access and apply for bantuan perihatin. I have tried many times but cant find.

    1. Author

      You can try to access it within off peak hour or after this few days due to high traffic daily

      1. Hi.. Nk tnye… Dkt situ dy tnda umur pd januari 2020, bln sept sy bru 23..so kne tulis 22 dlu la kn?

  7. Mcm mana nak isi borang BPN

      1. Macam mana nak dapat isi borang mohon bantuan BPN. Permohonan baru. Tq

  8. Salam..sy ingin bertanya sebelum ni sy pernah buat permohonan brim…sebelum tukar jadi bsh…sy perlu memohon permohonan baru atau kemas kini saja?

  9. Saya dah tamat belajar bln 5 tahun 2019, sekarang dh bekerja dan bujang. Saya semak untuk permohon dan status saya masih pelajar. Macam mana ya?

    1. Author

      boleh kemaskini status dan buat permohonan dengan data peribadi baru

  10. hai …just nak confirmkan kalau card bank adik sy dah patah kan,, bole tak kalau kita register kan dia tp guna card bank our mom

  11. smlam i buat semakan status kata dah lulus..ada yg trima msej dah lulus.tp kmi tak dapat trima mesj ..atau pihak admin hntar cra random ke mcam mna..

    1. Author

      yang lulus akan dapat mesej secara berperingkat tu, pastikan daripada nombor 5 angka, bukan nombor telefon bimbit (palsu)

      1. oh i see..but kalau kita buat semakan sndri kata dah lulus mcm mna.,…adakah 100% lulus or kami akan terima dari kedua2nya

  12. Bolehkah sekiranya pemohon(bujang) tidak mempunyai akaun bank tp menggunakan akaun bank penama dr waris (ibu/bapa) yg tertulis dlm borang?

  13. Kenapa rayuan permohonan untuk mak saya statusnya tidak berjaya dihantar? Kenapa had umur anak hanya 18 tahun,, sedangkn mak saya ad tanggungan anak yg masih belajar?

    1. Tukar email lain. Saya dah try boleh..

      Sebelum tu berpuluh kali tidak berjaya. Selepas tukar email lain terus berjaya.

  14. Nak tnya..kalau dah dapat mesej dari LHDNM cakap anda lulus menerima BPN..saya kena apply BSH jugak ke?

  15. Sya nak tanya,pda tahun 2018 last sya dpt bsh.dn tahun 2019-2020 langsung tak dpat.pda 15/32019 sya buat rayuan bsh pjabat sandakan.dn 15/7/2019 sya cek gagal,dn tidak lengakap.
    Sya suda sertakan dokoment sya.
    1.ic(suami istri
    2.maykid/ surat beranak anak sya.
    3.sijil kawin.
    Ni pun masih gagal buat rayuan.
    Sya harap pegawai kerajaan dpt bantu kmi apa2 bantuan dri kerajaan yg d umumkan oleh PM.

    Sekian dn trimah kasi.
    No ic:780627126329

    NO ic: 760413125832
    Tolong semak permohonan kami d bsh,dn bpn.

      1. Kenapa ya saya tidak dapat hantar permohonan saya sedangkan saya sudah isi dengan lengkap? N line tempat saya elok. Sudah cuba byk kali pon still x berjaya dihantar

  16. sya dh isi borang and ke next step pengehasan dh klik terus putih..so kena buat balik??

  17. Saya ingin mengisi untuk ibubapa saya.. Untuk senarai anak adakah perlu diisi semua anak termasuk yang dah bekerja atau hanya anak yang masih dalam tanggungan?

    1. Author

      anak dalam tanggungan. yang dah bekerja boleh isi permohonan sendiri untuk keluarga sendiri mengikut kategori

  18. Selamat tengahari, saya sekarang menjalani latihan industri di syarikat swasta dan mendapat elaun tidak melebihi Rm1000..adakah saya masih di bawah kategori pelajar?

      1. student praktikal kalau ada bekerja sendiri juga tidak layak memohon juga?

      2. Cuma nak tnye saya ada dapat elaun utk setiap bulan di tempat LI..jadi bahagian pekerjaan saya perlu letak tidak bekerja jugak ke walaupun dapat elaun bulanan bawah RM1000??
        dan juga ada pertanyaan bagaiman pula dengan status pengajian?

  19. kalau lulus, duit tu akan masuk ke acc bank kita yg mana ?? samda acc bnk utk salary kita or cash ??

  20. hi saya sudah tamat belajar di uitm pada tahun lepas. tapi mengapa status saya masih pelajar. adakah saya perlu membuat permohonan baru?

    1. Author

      buat permohonan baru untuk diri sendiri dan pastikan nama tidak termasuk dalam keluarga jika sudah bekerja

  21. Salam saya student praktikal dan saya juga ada bekerja sendiri untuk duit tambahan adakah saya tidak layak memohon bujang b40 sbb status saya student?

  22. Hi.. Nak tanya kalau bermula Tahun 2020 saya dah x bekerja tetapi BPN tunjuk tidak lulus.. Boleh saya memohon rayuan sebab rangsangan pakej ini untuk membantu rakyat? mohon membantu thank you.

      1. confirm boleh rayu? sebab nampak ada akta yg denda pula.. tapi I memang dah tidak bekerja sebelum rangsangan pakej ni.. Tahun lepas masih bekerja..

  23. hi nak tanya, kalau umur 23 tahun bujang dan tidak bekerja boleh ke memohon untuk BPN bujang berpendapatan RM2000 ke bawah?

    1. Author

      bolehlah buat permohonan mengikut kategori yang betul. isikan data2 yang betul

  24. Hi. Saya sudah membuat permohonan baru untuk bpn dan saya boleh login guna id dan password tetapi bila saya cuba nak buat semakan status semula mengatakan tiada rekod. Perlu ke saya buat permohonan baru semula?

    1. Author

      akhir sekali semasa dah buat prmohonan baru bpn tu, ada keluar notifikasi tak? jika semak tiada rekod, bailah buat baru dengan details2 yang betul

      1. Hi nak tanya, after dah berjaya buat permohonan tu dia pop up yg mcm gmbar last admin post tu dia tye nak buat acc untuk daftar masuk? So kena buat acc ke or boleh je kalau tak buat acc?

        1. Author

          boleh je kalau tak buat akaun dalam tu. nanti buat semakan untuk kelulusan permohonan, atau tunggu sms lhdnm

  25. Saya ingin mendaftar sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional.

  26. kalau anak 7 bulan. untuk bhg tanggungan tu, umur type 0.7 ke? harap dapat membantu. terima kasih

  27. SAYA PERNAH MENERIMA BSH SEHINGGA 2018 PERLUKAN SAYA MENDAFTAR UNTUK BPN?

  28. tumpang tanya .. jika istri sy penerima bsh .. jadi sy boleh memohon bpn ?

  29. Semakan Id menunjukkan permohonan tidak lulus dengan alasan masih pelajar. Sedangkan saya sudah bekerja sebagai penjawat awam sudah hampir 4 tahun. Dahulu kala merupakan penerima BRIM kategori bujang dan tidak pernah menerima bantuan BSH. Mohon pencerahan tindakan selanjutnya

  30. saya dah isi borang complete. tapi bila saya tekan butang hantar, dia tulis permohonan anda tidak berjaya dihantar. Ada sesiapa boleeh beri penjelasan?

  31. Hi..saya sudah isi permohonan,tapi setiap kali nk klik hantar je,permohonan tidak berjaya di hantar…dah banyak kali dah…any advise on this?

      1. Cuma nak tnye saya ada dapat elaun utk setiap bulan di tempat LI..jadi bahagian pekerjaan saya perlu letak tidak bekerja jugak ke walaupun dapat elaun bulanan bawah RM1000??
        dan juga ada pertanyaan bagaiman pula dengan status pengajian?

  32. Salam..nak tanya..kalau isi blh untuk adik punya..tp dia xda akaun bank..so sy letak no akaun bank saya masa isi on9..permohonan telah dihantar..kena kemaskini balik ke macam mana?

  33. Salam, nak tanya kenapa had umur hanya bawah 18 tahun ye sedangkan ada lagi anak dibawah tanggungan atas 18 tahun yg masih belajar

  34. bolehkan pelajar umur 23 sedang belajar sambilan kerja di kolej mohon BPN?

  35. kenapa pemohanan saya tidak berjaya dihantar sedangkan line elok ?

  36. Salam….saya sudah mengisi maklumat anak…tp bile hantar dia return back to check bahagian tanggunganq

  37. kalau saya seorang pelajar ipt, perlu tak buat pemohonan bpn ?

  38. Kenapa permohonan tidak berjaya dihantar. Maklumat semua sudah isi lengkap

  39. Assalamualaikum dan salam sejahtera . Saya ingin bertanya, sy baru berkahwin pada tahun lepas .. Bila sy semak permohonan , suami sy lulus tapi status masih bujang .. macam mana utk kemaskini maklumat suami ?

    Atau ada cara lain ..

    1. Author

      sila buat permohonan mengikut kriteria dan kategori. jika ada error, minta hubungi nombor LHDN yang tertera

  40. Maaf, bagaimana hendak kemaskini permohonan pemohon untuk menukar status perkahwinan ? Adakah tidak perlu kerana mengikut maklumat semakan bahawa pemohon lulus untuk BPN (RM800) bagi kategori individu bujang sedangkan pemohon sudah berkahwin. Mohon penjelasan.

    1. Author

      buat permohonan mengikut kategori dan kriteria, jika ada error minta hubungi nombor LHDN yang tertera dengan segera

  41. hai.. mcm mn nk tukar staus bujang kepada berkahwin.. sbb rekod lama masih bujang..

    1. Author

      rujuk permohonan baru mengikut kriteria dan kategori. minta hubungi nombor LHDN yang tertera

  42. maaf nak tanya, permohonan isteri saya lulus tapi sebagai status bujang. Ketika saya cuba membuat permohonan, direject sebab isteri saya ada permohonan lain (bujang). Macam mana nak kemaskini permohonan isteri saya ye?

  43. salam
    saya nak tanya dulu saya dapat bantuan tapi status masa bujang dan sekarang saya dh berkahwin, apa kena buat permohonan baru ?

  44. maaf, saya post comment awal.. adakah permohonan saya disebabkan oleh nama saya masih di bawa tanggungan ibu saya ? Jika “Iya”.. mcm mana nak kemaskini di ezHasil ..bahagian profil ? kerana ibu saya tidak ingat kata laluan utk log in?

    1. Author

      boleh reset password dan update profile. Tapi lagi bagus call lhdn di nombor tertera untuk maklumkan hal berkenaan

  45. saya salah isi no ic sy masa permohonan online.
    macam mana cara sy nak editkan balik no ic sy. sebab sy dah hantar. Tapi LHDN tetap proceed send. sedangkan ic permohon salah . macam mana ye

    1. Author

      lebih baik call lhdn di nombor tertera untuk maklumkan hal tersebut sebelum permohonan diproses

  46. Kenapa ya saya tidak dapat hantar permohonan saya sedangkan saya sudah isi dengan lengkap? N line tempat saya elok. Sudah cuba byk kali pon still x berjaya dihantar

  47. Saya dah cuba hantar banyak kali tapi tak berjaya. Setiap kali tekan butang “Hantar”, pop up “Permohonan tidak berjaya dihantar.” Adakah ini masalah internet connection @ ada masalah dgn borang saya? Tapi saya dah semak borang tiada masalah. Terima kasih atas jawapan.

    1. KORANG.. YANG ADA MASALAH permohonan tidak berjaya dihantar

      Tukar email lain. Saya dah try boleh..

      Sebelum tu berpuluh kali tidak berjaya. Selepas tukar email lain terus berjaya.

  48. Hai. Selamat pagi. Saya nak tnya . Saya sdg bkerja di syarikat swasta slps sudah tamat belajar dlm 5 bln Yang lalu. Tp belum graduate lagi. Jadi mcm mna status pengajian saya. Adakah saya perlu letak status tamat belajar @ tidak berkaitan shja. Sebab untuk plihan tamat belajar tu saya xde tarikh tepat lagi utk hari convo.

  49. KORANG.. YANG ADA MASALAH permohonan tidak berjaya dihantar

    Tukar email lain. Saya dah try boleh..

    Sebelum tu berpuluh kali tidak berjaya. Selepas tukar email lain terus berjaya.

  50. Assalamualaikum, saya nak tanya klau suami dah buat permohonan BPN, isteri boleh buat permohonan lagi tak?

  51. Salam dan salam sejahtera.

    Saya bujang bekerja(b40).
    Grad tahun lepas, semasa mohon, saya tidak lulus kerana tertulis di situ status “masih pelajar”, jadi mcm mana nak buat ya..terima kasih

    1. Author

      Cuba buat permohonan baru dengan kategori dan kriteria yang dinyatakan

  52. saya nak tanye. macam mana nak edit nama balik sbb tertulis double “m” dah send baru perasan. dan kalau permohonan baru untk bujang bila ia akan diluluskan? saya check keluar permohonan diterima.

  53. ibu saya seorang pesara dan bapa saya sudah meninggal., dia tidak pernah mendaftar utk brim dan bsh. adakah dia layak untukmendapat psn. dalam borang psn tk ada tulis pesara. bagaimana ya?

    1. Author

      pesara kerajaan kan ada bantuan 500. dan jika dia nak mohon bpn, boleh cuba dengan kategori keluarga sendiri, bekerja sendiri

  54. Cuma nak tnye saya ada dapat elaun utk setiap bulan di tempat LI..jadi bahagian pekerjaan saya perlu letak tidak bekerja jugak ke walaupun dapat elaun bulanan bawah RM1000??
    dan juga ada pertanyaan bagaiman pula dengan status pengajian?

  55. salam..sy pembayar cukai, suami tidak tetapi dia ada membuat permohonan baru untuk BPN. baru2 ni sy telah menerima bayaran ke dlm akaun sy dgn catatan BPN Fasa 1 BSH – NO IC sy. sy xpasti bantuan ni adalah kerana permohonan suami atau automatik kerana sy sbg pembayar cukai. mslhnye skrg suami sy badmood, dia ckp duit tu duit dia.. hadoiiii… sy mls nk gado pasal duit ni… 🙂 🙂

  56. assalam..sya ada daftarkan ayah sya bantuan rakyat ni..tapi sya baru perasan yang ic ayah sya salah..sya dah submit permohonan dan permohanan tupun diterima..jadi macam mna sya nak edit ic ayah sya semula ya ? apa perlu sya buat?

    1. Author

      cuba semak balik dan klik kemaskini permohonan. Jika tiada, buat permohonan baru dengan IC yang betul, nama yang betul, ikut kategori

      1. saya sudah cuba kemaskini, tapi tidak boleh… sebab dekat bahagian pasangan saya ( ibu) tidak boleh isi..saya dah terisi bahagian pasangan dengan permohonan yang salah ic..

      2. jadi sya perlu buat apa ya ? ada jalan penyelesaian tak ?

          1. saya dah try byk kali buat permohonan guna ic yang betul.. tapi tidak boleh sebab bahagian pasangan (ibu) dah register dekat permohonan yang slah ic tu..jadi tidak boleh..permohonan ic yang salah tu dalam proses menerima..saya xthu nk buat apa..sbb nk call hotline line busy.

          2. boleh saya tahu samada jaln penyelesaian atau tidak?

  57. slm… sy check bpn pertama kali lulus, dan lhdn dah email sy ckp lulus. bila check kali ke 2, tidak layak sbb duplicate permohonan. mcm mn sy nk buat? sy seorang ibu tunggal

    1. Author

      dah dapat emel lulus, sepatutnya tak payah check lagi. Permohonan baru pun tak perlu.

      1. Slm… First sy check, permohonan lulus. Bila check kali ke2 tidak layak atas alasan duplikasi permohonan. Sy bpn m40 dan seorg ibu tunggal. Mcm mn sy nk buat?

  58. Slm… First sy check, permohonan lulus. Bila check kali ke2 tidak layak atas alasan duplikasi permohonan. Sy bpn m40 dan seorg ibu tunggal. Mcm mn sy nk buat?

  59. Assalammualaikum…saya seorang bujang dan saya telah membuat permohonan baru prihatin pada 1 april, tetapi sehingga kini apabila saya membuat semakkan, Permohonan Diterima..masih belym ada jawapan lulus atau tidak..bolehkan encik memberi pencerahan sedikit tentang perkara ini?. Terima kasih.

    1. Author

      wasallam. permohonan baru dan rayuan akan proses mei 2020. biarkan mereka proses

  60. Saya telah bercerai dan ada seorang anak yang masih belajar di universiti tetapi dah hilang surat cerai. Saya telah lapor pada polis dulu dan ada surat lapor dari polis dan dari lawyer. Tetapi saya xdapat kelulusan. Apa yang saya sepatutnya buat sekarang?

  61. Salam, nak tanya pesara kerajaan boleh mohon ke untuk BPN 2.0. Ikut kelayakan memang layak cuma tak tersenarai sbg. pembayar cukai sbb dah bersara….tk

Leave a Reply to Jemain Bin gani Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge