Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.
Bantuan Prihatin Nasional adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh Kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40.
Pemberian Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan B40 adalah berdasarkan pangkalan data Bantuan Sara Hidup. Manakala Bantuan Prihatin Nasional bagi golongan M40 adalah berdasarkan data percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Baca update terkini : Bantuan RM1000 untuk Golongan B40, PM umum BPN 2.0 Kita Prihatin
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:
Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: http://www.hasil.gov.my
Baca juga : Tips dan Cara Hantar Borang Bantuan Prihatin Nasional BPN 2020
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:
Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.
Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.
Baca juga : 3 Cara mohon pengeluaran i-Lestari KWSP 2020
Siapakah yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40?
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:
1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang ada melaporkan maklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah
2) Bujang
- a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak melaporkanmaklumat Anak pada permohonan BSH 2020; dan
- b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahun danke atas); dan
- c) Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah.
Kategori yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional M40 pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM yang berstatus adalah seperti berikut:
1) Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda berdasarkan data percukaian; dan
c) Pendapatan agregat bulanan adalah RM4,001 hingga RM8,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini.
2) Bujang
a) Individu yang berstatus bujang dalam data percukaian; dan
b) Had umur adalah 21 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan bulanan adalah RM2,001 hingga RM4,000 berdasarkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP).
3) Pembayar cukai yang merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 akan dibuat pada bulan April dan Mei 2020.
Penerima yang layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40 boleh membuat semakan status mulai 1 April 2020. Pangkalan data BPN adalah berdasarkan:
1) Untuk B40, senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
2) Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan.
Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi berikut:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
- Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
- Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Jika memenuhi kriteria tetapi tidak tersenarai, permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional untuk B40 dan M40 boleh dibuat mulai 1 April 2020 secara dalam talian di Portal Rasmi berikut sahaja:
- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, http://www.hasil.gov.my
- Bantuan Sara Hidup (BSH), https://bsh.hasil.gov.my
- Kementerian Kewangan Malaysia, https://www.treasury.gov.my
Sekiranya permohonan baharu Bantuan Prihatin Nasional diluluskan, bayaran akan dibuat pada bulan Mei 2020 secara sekaligus. Pemohon Bujang yang berstatus pelajar sepenuh masa adalah tidak layak menerima Bantuan Prihatin Nasional B40 & M40.
ingin mendaftar permohonan bantuan prihatin nasional
boleh buat permohonan pada 1 april 2020 jika tiada dalam senarai BSH
Knpe tiada data n kne isi semula..nk isi.. Xwujud pun tempt nk isi.. Dari tgh mlm.. Buat xdpt..
boelh telefon nombor-nombor tertera untuk pertanyaan
Knp x dpt2 menebusi line lhdn ni. Bagaimana nk daftar.
cuba online pada waktu offpeak. ada yang try waktu sebelum subuh 4-5 pagi. lancar.
Saya dah daftar bpn hritu lulus cume saya tersilap tekan password dia suruh cal lhdn blik masaalahnya says cal susah nak angkt boleh bagi solusi
dah lulus, biarkan saja kan? tunggu masuk duit je lah kan..
Sy dah check lulus BPN,masalahnya nk nk buka maklumat pembayaran x blh…dah jawab soalan btl pun x blh buat lain kata laluan..kenapa ya
dah lulus, biarkan sahaja. tengok di button kemaskini permohonan
Macam mna nk daftar bgi bujang pynya
daftar dan mohon seperti biasa dengan details di borang online tu saja
[email protected]
Knp x blh buka laman web bsh, hasil untuk cek samada berjaya or tak,,, krn sy x dpt bsh,, n dh buat permohonan baru,, dmklumkn borg sudah dterima n sdg diproses
Saya dh daftar isi semua maklumat.. bila nak hantar tulis maklumat tidak berjaya dihantar
line internet ok ke?
saya pon mendapat masalah yang sama, permohonan tidak dapat di hantar
Tukar email lain. Saya dah try boleh..
Sebelum tu berpuluh kali tidak berjaya. Selepas tukar email lain terus berjaya.
Hai. Sy dh cek status di lhdn tetapi tdak lulus atas alasan seorg pelajar. Ttpi sy dh graduate thun lepas dn sdg bkrja gaji bwh 2k. Saya telah cuba mmbuat prmohonan baru dan masih mnunggu keptusan. Brapa lamakah tempoh untuk menunggu kputsan kelulusan bpn trsebut? Sbb sdh lbih smnggu brlalu ttpi msih blum juga ada respon. Mohon pencerahan, tq.
Permohonan baru dan rayuan tamat pada april 2020. Moga ada sinar, Biarkan ia proses bersama jutaan pemohon yang lain
Hi sir
I want ask regarding old man over 70 years old can apply BPN or not thanks
Terima kasih kerajaan baru ni kerana memberi bantuan kepada rakyat
Kenapa permohonan tidak berjaya dihantar. Maklumat semua sudah isi lengkap
mungkin ada masalah server tu
Yer saya mengalami masalah sama. Da try berpuluh kali…sepanjang hari. Da try waktu siang hari, awal subuh dan juga waktu malam pukul 2-3pagi.
Cuba tukar guna email lain
Salam tuan.. Mntk kepastian.. Kl ikutkan sy mmg layak utk terima BPN.. Dan Telah di lulus kn.. Tp masalahnya sampai skrg sy x terima LG duit BPN.. Dah cuba telefon LHDN tapi x dapat.. So apa patut saya buat..
Tq atas penjelasan.
Permohonan baru ke? atau memang sedia dah lulus? Jika permohonan baru atau rayuan, kena tunggu bulan Mei laa nanti
boleh bantu tengok ke kerana aku tak tahu isi
isi online atau boleh download borang dan hantar ke kwsp
Kenapa saya masuk memohon di https://bsh.hasil.gov.my
Dia lambat sangat nak loading. Tunggu lama tak dapat buka pun?
mungkin jutaan pengguna sedang mencuba untuk melayari laman sesawang tu. Memang ramai. Boleh cuba waktu malam atau kurang aktif
encik tarikh tutup daftar baru bila ye ?? sya blom isi apa2 lgi
hairi recently posted…Tips dan Cara Hantar Borang Mohon Bantuan Prihatin Nasional BPN 2020
Baru je dibuka untuk semakan dan permohonan. Tunggu makluman tu kemudian. Isi borang online tu, cuba dalam waktu off peak, sebelum subuh line clear.
Saya umur 21, sy masih belajar, adakah sy layak menerima BPN untk kategori bujang?
tau takpe lama gila dah malam pun masih lama lepas tu dia suruh check your internet connection padahal tgk youtube hd tak payah buffering pun
kenapa BPN sy tak lulus sedangkan BSH bulan lepas sy dapat…
boleh semak di laman sesawang pada waktu off peak nanti
Macam mana buat Surat bsn
saya student, sy isi untuk bujang dan tiada pendapatan. bila siap isi dan permohanan saya tidak berjaya dihantar. macam mana ya?
ada keluar error apa ya? boleh minta hubungi nombor LHDN yang tertera
Sya telah buat permohonan baru dri bpn tpi kenapa tidak berjaya dihantar ye?
mungkin ada masalah server kot. ada yang isi siang semalam ok saja
boleh buat melalui henfon ke
Mohon secara i-akaun, emai, atau pos
Saya merupakan pemohon bsh bagi tahun 2020 , saya telah berjaya mendaftar semalam , bagaimana saya mahu mengemaski maklumat / data peribadi saya bagi mendapatkan bantuan BPN ?
Nur Aqilah recently posted…i-Lestari KWSP – Cara mohon dan pengeluaran, semakan 1 April 2020
boleh cuba ke link yang tertera pada waktu off peak. Waktu siang memang waktu puncak. Ada yang cuba pada jam 3-5 pagi. Ada yang tunggu waktu reda sedikit masa nanti
Terimahkasih
Saye ingin daftar permohonan prihatin nasional bujang 21 tahun ke atas.
T.kasih kerana bantu rakyat malaysia
Saya dah buat permohonan Bpn dari 1/4/20…tpi sampai sekarang masih lagi tulis permohonan di terima sahaja. Tiada bg tau lulus atau sebaliknya.
permohonan baru dan rayuan, proses bulan Mei 2020
Saya apply 2 april sampai sekarang pemohoman diterima
memang pun. permohonan baru dan rayuan, proses bulan Mei 2020.
Saya ingin mendaftar sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional.
Sila ikuti arahan dan semak di link yang diberikan
[email protected]
Assalamualaikum…saya tidak pernh mngisi lg prmohonn ini..dan saya merupkan ibu tunggl..mcm mn ya nk buat prmohonn
salam. boleh isi seperti biasa dan masukkan maklumat2 yang ada di laman sesawang BPN
Sy dah kemaskini bsh pd 1feb 2020 tpi xde maklumbalas dr lhdn
Boleh saya tahu. Alamat tu isi alamat kita berada sekarang atau alamat yg tertera di kad pengenalan?
Salam..sy nak tanya..sy baru berkahwin..suami sy lulus bpn dr rekod bsh..tetapi rekod itu semasa kmi blom berkawin..dia blom dpat update sudah berkahwin… dan dia dikira masih bujang.. Sy pulak xdpt dapat daftar ..da berapa kali cuba.. dlu sy pernah berkawin..adakah maklumat sy masih bersama ex suami sebab tu xboleh update? Atau mcmana? Ex suami pun sudah berkawin lain..dan kmi ada seorg ank … Kmi masing2 berganti2 jaga ank itu.. Sekian trima kasih..mohon bantuan
cikpuan tak dapat daftar sebab apa tu ya? cuba mohon dan kemaskini data di link BPN tertera. Cuba pada waktu offpeak, waktu awal pagi, lancar trafik website
Hi saya nak tanya umur saya umur 21 tahun ,tetapi befday bulan 7 baru cukupp 21 ,dekat borang bpn nie dia ada tulisan umur pada tahun 2020 .tetapi saya letak umur saya 20 tahun layakkah saya mendapati bantuan tersebut ?
Individu yang memasuki umur 21 tahun dalam tahun 2020 adalah layak memohon.
Asalamualikum dlu sya pernah dpt Brim bila tukr kerjaan sya tidk lagi dpt BSH hanya kerana isteri sya pemegang pasport.kini telah kembali ke kerjaanPN boleh kah sya memohon kembali
selamat mencuba. =)
[email protected]
Saya tak tahu nak isi…tapi hari saya isi borang yang lagi satu…disitu saya letak bujang sebab hanya dua pilihan …sebenar saya dah cerai..tapi kami tak daftar ..macam mana ya
boleh refer nombor2 tertera untuk pertanyaan lanjut
How to access and apply for bantuan perihatin. I have tried many times but cant find.
You can try to access it within off peak hour or after this few days due to high traffic daily
Cmne sy nk isi borang bsh
Cuba ke laman sesawang yang tertera pada waktu off peak
Hi.. Nk tnye… Dkt situ dy tnda umur pd januari 2020, bln sept sy bru 23..so kne tulis 22 dlu la kn?
betul laa tu
CM mana sy nk DPT isi borang tu
thank you kerajaan
Mcm mana nak isi borang BPN
semak di link yang tertera. cuba pada waktu off peak
Macam mana nak dapat isi borang mohon bantuan BPN. Permohonan baru. Tq
layari https://bpn.hasil.gov.my dan isi nombor IC
Salam..sy ingin bertanya sebelum ni sy pernah buat permohonan brim…sebelum tukar jadi bsh…sy perlu memohon permohonan baru atau kemas kini saja?
Saya dah tamat belajar bln 5 tahun 2019, sekarang dh bekerja dan bujang. Saya semak untuk permohon dan status saya masih pelajar. Macam mana ya?
boleh kemaskini status dan buat permohonan dengan data peribadi baru
Salam, mcm mana awak kemaskini status
Saya belum pernah isi borang apa lagi nie
hai …just nak confirmkan kalau card bank adik sy dah patah kan,, bole tak kalau kita register kan dia tp guna card bank our mom
atas nama akaun pemohon sepatutnya
smlam i buat semakan status kata dah lulus..ada yg trima msej dah lulus.tp kmi tak dapat trima mesj ..atau pihak admin hntar cra random ke mcam mna..
yang lulus akan dapat mesej secara berperingkat tu, pastikan daripada nombor 5 angka, bukan nombor telefon bimbit (palsu)
oh i see..but kalau kita buat semakan sndri kata dah lulus mcm mna.,…adakah 100% lulus or kami akan terima dari kedua2nya
hi macam mana isi borang
masuk online https://bpn.hasil.gov.my/ jam 4 pagi online
Bolehkah sekiranya pemohon(bujang) tidak mempunyai akaun bank tp menggunakan akaun bank penama dr waris (ibu/bapa) yg tertulis dlm borang?
atas nama pemohon
Kenapa rayuan permohonan untuk mak saya statusnya tidak berjaya dihantar? Kenapa had umur anak hanya 18 tahun,, sedangkn mak saya ad tanggungan anak yg masih belajar?
Tukar email lain. Saya dah try boleh..
Sebelum tu berpuluh kali tidak berjaya. Selepas tukar email lain terus berjaya.
Nak tnya..kalau dah dapat mesej dari LHDNM cakap anda lulus menerima BPN..saya kena apply BSH jugak ke?
dapat mesej lulus, tunggu saja. tak perlu buat apa2. tahniah. =)
Terima kasih
Sya nak tanya,pda tahun 2018 last sya dpt bsh.dn tahun 2019-2020 langsung tak dpat.pda 15/32019 sya buat rayuan bsh pjabat sandakan.dn 15/7/2019 sya cek gagal,dn tidak lengakap.
Sya suda sertakan dokoment sya.
1.ic(suami istri
2.maykid/ surat beranak anak sya.
3.sijil kawin.
Ni pun masih gagal buat rayuan.
Sya harap pegawai kerajaan dpt bantu kmi apa2 bantuan dri kerajaan yg d umumkan oleh PM.
Sekian dn trimah kasi.
No ic:780627126329
NO ic: 760413125832
Tolong semak permohonan kami d bsh,dn bpn.
permohonan lulus, akan dapat sms daripada LHDN
Mohon bantuan bsh
isikan di borang online di laman web tertera
Kenapa ya saya tidak dapat hantar permohonan saya sedangkan saya sudah isi dengan lengkap? N line tempat saya elok. Sudah cuba byk kali pon still x berjaya dihantar
sya dh isi borang and ke next step pengehasan dh klik terus putih..so kena buat balik??
perlu ada sampai stage ada keluar notifikasi berjaya dihantar.
so sya kena buat permohonan semula ye
Saya ingin mengisi untuk ibubapa saya.. Untuk senarai anak adakah perlu diisi semua anak termasuk yang dah bekerja atau hanya anak yang masih dalam tanggungan?
anak dalam tanggungan. yang dah bekerja boleh isi permohonan sendiri untuk keluarga sendiri mengikut kategori
Selamat tengahari, saya sekarang menjalani latihan industri di syarikat swasta dan mendapat elaun tidak melebihi Rm1000..adakah saya masih di bawah kategori pelajar?
latihan industri dikira masih dalam IPT kan?
student praktikal kalau ada bekerja sendiri juga tidak layak memohon juga?
student ke, atau sudah bekerja?
Cuma nak tnye saya ada dapat elaun utk setiap bulan di tempat LI..jadi bahagian pekerjaan saya perlu letak tidak bekerja jugak ke walaupun dapat elaun bulanan bawah RM1000??
dan juga ada pertanyaan bagaiman pula dengan status pengajian?
kalau lulus, duit tu akan masuk ke acc bank kita yg mana ?? samda acc bnk utk salary kita or cash ??
akaun yang kita isi dalam borang permohonan atas nama sendiri
Mohon B40
hi saya sudah tamat belajar di uitm pada tahun lepas. tapi mengapa status saya masih pelajar. adakah saya perlu membuat permohonan baru?
buat permohonan baru untuk diri sendiri dan pastikan nama tidak termasuk dalam keluarga jika sudah bekerja
Salam saya student praktikal dan saya juga ada bekerja sendiri untuk duit tambahan adakah saya tidak layak memohon bujang b40 sbb status saya student?
Hi.. Nak tanya kalau bermula Tahun 2020 saya dah x bekerja tetapi BPN tunjuk tidak lulus.. Boleh saya memohon rayuan sebab rangsangan pakej ini untuk membantu rakyat? mohon membantu thank you.
Mohon saja rayuan sebab baru lagi kan? bergantung kepada kelulusan
confirm boleh rayu? sebab nampak ada akta yg denda pula.. tapi I memang dah tidak bekerja sebelum rangsangan pakej ni.. Tahun lepas masih bekerja..
hi nak tanya, kalau umur 23 tahun bujang dan tidak bekerja boleh ke memohon untuk BPN bujang berpendapatan RM2000 ke bawah?
bolehlah buat permohonan mengikut kategori yang betul. isikan data2 yang betul
Hi. Saya sudah membuat permohonan baru untuk bpn dan saya boleh login guna id dan password tetapi bila saya cuba nak buat semakan status semula mengatakan tiada rekod. Perlu ke saya buat permohonan baru semula?
akhir sekali semasa dah buat prmohonan baru bpn tu, ada keluar notifikasi tak? jika semak tiada rekod, bailah buat baru dengan details2 yang betul
Hi nak tanya, after dah berjaya buat permohonan tu dia pop up yg mcm gmbar last admin post tu dia tye nak buat acc untuk daftar masuk? So kena buat acc ke or boleh je kalau tak buat acc?
boleh je kalau tak buat akaun dalam tu. nanti buat semakan untuk kelulusan permohonan, atau tunggu sms lhdnm
Saya ingin mendaftar sebagai penerima Bantuan Prihatin Nasional.
sila daftar dan mohon di link yang tertera
kalau anak 7 bulan. untuk bhg tanggungan tu, umur type 0.7 ke? harap dapat membantu. terima kasih
sepatutnya automatik keluar. isikan saja 1
SAYA PERNAH MENERIMA BSH SEHINGGA 2018 PERLUKAN SAYA MENDAFTAR UNTUK BPN?
tahun 2019? dapat tak? buat semakan
tumpang tanya .. jika istri sy penerima bsh .. jadi sy boleh memohon bpn ?
satu keluarga, satu saja orang terima
Semakan Id menunjukkan permohonan tidak lulus dengan alasan masih pelajar. Sedangkan saya sudah bekerja sebagai penjawat awam sudah hampir 4 tahun. Dahulu kala merupakan penerima BRIM kategori bujang dan tidak pernah menerima bantuan BSH. Mohon pencerahan tindakan selanjutnya
sila telefon nombor2 tertera untuk kepastian lanjut
saya dah isi borang complete. tapi bila saya tekan butang hantar, dia tulis permohonan anda tidak berjaya dihantar. Ada sesiapa boleeh beri penjelasan?
sama juga sini
Hi..saya sudah isi permohonan,tapi setiap kali nk klik hantar je,permohonan tidak berjaya di hantar…dah banyak kali dah…any advise on this?
line internet ok ke tu?
Cuma nak tnye saya ada dapat elaun utk setiap bulan di tempat LI..jadi bahagian pekerjaan saya perlu letak tidak bekerja jugak ke walaupun dapat elaun bulanan bawah RM1000??
dan juga ada pertanyaan bagaiman pula dengan status pengajian?
Salam..nak tanya..kalau isi blh untuk adik punya..tp dia xda akaun bank..so sy letak no akaun bank saya masa isi on9..permohonan telah dihantar..kena kemaskini balik ke macam mana?
ada konflik laa di situ nanti. telefon nombor tertera
Salam, nak tanya kenapa had umur hanya bawah 18 tahun ye sedangkan ada lagi anak dibawah tanggungan atas 18 tahun yg masih belajar
BPN saya LULUS. macamana nak menyemak berapa jumlah yang saya dapat ye? sebab tak dinyatakan jumlah
MARSITAH recently posted…Tips dan Cara Hantar Borang Mohon Bantuan Prihatin Nasional BPN 2020
tunggu sahaja, ikut kelayakan dan kriteria
bolehkan pelajar umur 23 sedang belajar sambilan kerja di kolej mohon BPN?
kenapa pemohanan saya tidak berjaya dihantar sedangkan line elok ?
telefon nombor2 lhdn tertera
Salam….saya sudah mengisi maklumat anak…tp bile hantar dia return back to check bahagian tanggunganq
semak di bahagian tersebut
kalau saya seorang pelajar ipt, perlu tak buat pemohonan bpn ?
rujuk kriteria kelayakan
Kenapa permohonan tidak berjaya dihantar. Maklumat semua sudah isi lengkap
mungkin ada masalah server tu, ada yang ok je isi waktu siang
Assalamualaikum dan salam sejahtera . Saya ingin bertanya, sy baru berkahwin pada tahun lepas .. Bila sy semak permohonan , suami sy lulus tapi status masih bujang .. macam mana utk kemaskini maklumat suami ?
Atau ada cara lain ..
sila buat permohonan mengikut kriteria dan kategori. jika ada error, minta hubungi nombor LHDN yang tertera
Maaf, bagaimana hendak kemaskini permohonan pemohon untuk menukar status perkahwinan ? Adakah tidak perlu kerana mengikut maklumat semakan bahawa pemohon lulus untuk BPN (RM800) bagi kategori individu bujang sedangkan pemohon sudah berkahwin. Mohon penjelasan.
buat permohonan mengikut kategori dan kriteria, jika ada error minta hubungi nombor LHDN yang tertera dengan segera
hai.. mcm mn nk tukar staus bujang kepada berkahwin.. sbb rekod lama masih bujang..
rujuk permohonan baru mengikut kriteria dan kategori. minta hubungi nombor LHDN yang tertera
maaf nak tanya, permohonan isteri saya lulus tapi sebagai status bujang. Ketika saya cuba membuat permohonan, direject sebab isteri saya ada permohonan lain (bujang). Macam mana nak kemaskini permohonan isteri saya ye?
minta hubungi nombor LHDN yang tertera untuk maklumkan perubahan
salam
saya nak tanya dulu saya dapat bantuan tapi status masa bujang dan sekarang saya dh berkahwin, apa kena buat permohonan baru ?
mohon ikut kriteria dan kategori yang dipaparkan
I’m working full time and study for part time. Do I eligible to get B40?
refer to criteria, age, income
maaf, saya post comment awal.. adakah permohonan saya disebabkan oleh nama saya masih di bawa tanggungan ibu saya ? Jika “Iya”.. mcm mana nak kemaskini di ezHasil ..bahagian profil ? kerana ibu saya tidak ingat kata laluan utk log in?
boleh reset password dan update profile. Tapi lagi bagus call lhdn di nombor tertera untuk maklumkan hal berkenaan
saya salah isi no ic sy masa permohonan online.
macam mana cara sy nak editkan balik no ic sy. sebab sy dah hantar. Tapi LHDN tetap proceed send. sedangkan ic permohon salah . macam mana ye
lebih baik call lhdn di nombor tertera untuk maklumkan hal tersebut sebelum permohonan diproses
Kenapa ya saya tidak dapat hantar permohonan saya sedangkan saya sudah isi dengan lengkap? N line tempat saya elok. Sudah cuba byk kali pon still x berjaya dihantar
Saya dah cuba hantar banyak kali tapi tak berjaya. Setiap kali tekan butang “Hantar”, pop up “Permohonan tidak berjaya dihantar.” Adakah ini masalah internet connection @ ada masalah dgn borang saya? Tapi saya dah semak borang tiada masalah. Terima kasih atas jawapan.
KORANG.. YANG ADA MASALAH permohonan tidak berjaya dihantar
Tukar email lain. Saya dah try boleh..
Sebelum tu berpuluh kali tidak berjaya. Selepas tukar email lain terus berjaya.
Hai. Selamat pagi. Saya nak tnya . Saya sdg bkerja di syarikat swasta slps sudah tamat belajar dlm 5 bln Yang lalu. Tp belum graduate lagi. Jadi mcm mna status pengajian saya. Adakah saya perlu letak status tamat belajar @ tidak berkaitan shja. Sebab untuk plihan tamat belajar tu saya xde tarikh tepat lagi utk hari convo.
mohon isi ikut kategori dan kriteria
KORANG.. YANG ADA MASALAH permohonan tidak berjaya dihantar
Tukar email lain. Saya dah try boleh..
Sebelum tu berpuluh kali tidak berjaya. Selepas tukar email lain terus berjaya.
Assalamualaikum, saya nak tanya klau suami dah buat permohonan BPN, isteri boleh buat permohonan lagi tak?
Tidak perlu dah
Salam dan salam sejahtera.
Saya bujang bekerja(b40).
Grad tahun lepas, semasa mohon, saya tidak lulus kerana tertulis di situ status “masih pelajar”, jadi mcm mana nak buat ya..terima kasih
Cuba buat permohonan baru dengan kategori dan kriteria yang dinyatakan
saya nak tanye. macam mana nak edit nama balik sbb tertulis double “m” dah send baru perasan. dan kalau permohonan baru untk bujang bila ia akan diluluskan? saya check keluar permohonan diterima.
ibu saya seorang pesara dan bapa saya sudah meninggal., dia tidak pernah mendaftar utk brim dan bsh. adakah dia layak untukmendapat psn. dalam borang psn tk ada tulis pesara. bagaimana ya?
pesara kerajaan kan ada bantuan 500. dan jika dia nak mohon bpn, boleh cuba dengan kategori keluarga sendiri, bekerja sendiri
Cuma nak tnye saya ada dapat elaun utk setiap bulan di tempat LI..jadi bahagian pekerjaan saya perlu letak tidak bekerja jugak ke walaupun dapat elaun bulanan bawah RM1000??
dan juga ada pertanyaan bagaiman pula dengan status pengajian?
salam..sy pembayar cukai, suami tidak tetapi dia ada membuat permohonan baru untuk BPN. baru2 ni sy telah menerima bayaran ke dlm akaun sy dgn catatan BPN Fasa 1 BSH – NO IC sy. sy xpasti bantuan ni adalah kerana permohonan suami atau automatik kerana sy sbg pembayar cukai. mslhnye skrg suami sy badmood, dia ckp duit tu duit dia.. hadoiiii… sy mls nk gado pasal duit ni… 🙂 🙂
dalam status permohonan beliau untuk BPN, ada tulis apa statusnya?
assalam..sya ada daftarkan ayah sya bantuan rakyat ni..tapi sya baru perasan yang ic ayah sya salah..sya dah submit permohonan dan permohanan tupun diterima..jadi macam mna sya nak edit ic ayah sya semula ya ? apa perlu sya buat?
cuba semak balik dan klik kemaskini permohonan. Jika tiada, buat permohonan baru dengan IC yang betul, nama yang betul, ikut kategori
saya sudah cuba kemaskini, tapi tidak boleh… sebab dekat bahagian pasangan saya ( ibu) tidak boleh isi..saya dah terisi bahagian pasangan dengan permohonan yang salah ic..
jadi sya perlu buat apa ya ? ada jalan penyelesaian tak ?
kalau buat permohonan baru dengan IC yang betul, boleh tak?
saya dah try byk kali buat permohonan guna ic yang betul.. tapi tidak boleh sebab bahagian pasangan (ibu) dah register dekat permohonan yang slah ic tu..jadi tidak boleh..permohonan ic yang salah tu dalam proses menerima..saya xthu nk buat apa..sbb nk call hotline line busy.
boleh saya tahu samada jaln penyelesaian atau tidak?
slm… sy check bpn pertama kali lulus, dan lhdn dah email sy ckp lulus. bila check kali ke 2, tidak layak sbb duplicate permohonan. mcm mn sy nk buat? sy seorang ibu tunggal
dah dapat emel lulus, sepatutnya tak payah check lagi. Permohonan baru pun tak perlu.
Slm… First sy check, permohonan lulus. Bila check kali ke2 tidak layak atas alasan duplikasi permohonan. Sy bpn m40 dan seorg ibu tunggal. Mcm mn sy nk buat?
Slm… First sy check, permohonan lulus. Bila check kali ke2 tidak layak atas alasan duplikasi permohonan. Sy bpn m40 dan seorg ibu tunggal. Mcm mn sy nk buat?
Assalammualaikum…saya seorang bujang dan saya telah membuat permohonan baru prihatin pada 1 april, tetapi sehingga kini apabila saya membuat semakkan, Permohonan Diterima..masih belym ada jawapan lulus atau tidak..bolehkan encik memberi pencerahan sedikit tentang perkara ini?. Terima kasih.
wasallam. permohonan baru dan rayuan akan proses mei 2020. biarkan mereka proses
Saya telah bercerai dan ada seorang anak yang masih belajar di universiti tetapi dah hilang surat cerai. Saya telah lapor pada polis dulu dan ada surat lapor dari polis dan dari lawyer. Tetapi saya xdapat kelulusan. Apa yang saya sepatutnya buat sekarang?
Salam, nak tanya pesara kerajaan boleh mohon ke untuk BPN 2.0. Ikut kelayakan memang layak cuma tak tersenarai sbg. pembayar cukai sbb dah bersara….tk