i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Sejak permohonan pengeluaran wang dari Akaun 1 melalui program i-Sinar dibuka pada 21 Disember lalu, semua permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP sama ada secara digital atau fizikal telah berjalan lancar.
Keputusan permohonan iSinar boleh diketahui mulai 4 Januari 2021.
Cara Semak Keputusan iSinar KWSP Online
- Layari https://isinar.kwsp.gov.my/
- Tekan butang SEMAK STATUS PERMOHONAN
- Isikan nombor MyKad / MyPR
- Isikan nombor telefon bimbit berdaftar dengan iAkaun
- Tandakan butang reCAPTCHA (saya bukan robot)
- Klik SEMAK STATUS
Kaedah bayaran adalah seperti berikut:
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan pencarum.
- Pembayaran bulan pertama ke dalam akaun bank akan dibuat bermula 8 Januari 2021
- Pembayaran akan dilakukan menerusi kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik pemohon.
Baca juga : Tarikh Bayaran iSinar Pengeluaran KWSP Akaun 1 Online
Cara Mohon Rayuan iSinar KWSP Online
Rayuan permohonan iSinar KWSP akan dibuka seterusnya kepada yang mempunyai masalah seperti :
- Kesilapan mengisi data
- Perubahan amaun permohonan iSinar
- Nombor Akaun bank
Tarikh rayuan iSinar KWSP Akaun 1 akan dimaklumkan kemudian.
Untuk panduan lengkap permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP, anda boleh rujuk Panduan Cara Mohon iSinar KWSP Online. Permohonan untuk iSinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.
Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.
Alhamdullilah bagi yang lulus.
abambam recently posted…Semakan Status Permohonan iSinar Kategori 1
Tahniah pada yang lulus. gunalah duit yang dapat tu sebaiknya.
Laila recently posted…Cara Semak Keputusan iSinar KWSP Online
Hi I’m swans regarding I wanted to request for the i-sinar kategori2. But I din no salary deduction. My salary just only rm1776 not enough to payment this Because my husband sometimes got work sometimes Don hv work. I need pay for bil electric, unifi, car loan and house thing. At the last is next week my both child open school need money also. PLS can approve my i-sinar. Tq for helping me
Saya salah buat pindhang x dpt 10.000 kwsp tolong la adakan semula pindhang amaun byk nk bayar hutang..Knp susahnye nk dpt duit sendi ri. .
Mulai 8 Mac, boleh buat kemaskini permohonan