Jom daftar sukarelawan SUKMA XX dan PARA SUKMA XX MSN 2022! Pendaftaran dibuka mulai 1 Julai sehingga 15 Julai 2022.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang skop kerja dan tugasan bagi sukarelawan SUKMA 2022.

Program Sukarelawan Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 adalah satu landasan untuk rakyat Malaysia turut serta dan memberikan sumbangan kepada penganjuran temasya Sukan Malaysia dan Para SUKMA ini, iaitu temasya dwi-tahunan yang mempunyai pelbagai acara sukan dan melibatkan 14 kontinjen seluruh negara.

Program ini adalah di bawah seliaan Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

Daftar Sukarelawan SUKMA

Apakah tugas sukarelawan?

Sumbangan anda sebagai seorang sukarelawan adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan sukan ini. Sebagai seorang sukarelawan, anda adalah tulang belakang temasya ini.

Oleh itu, anda diperlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh dedikasi, disiplin, integriti dan ikhlas.

Maka pihak MSN memerlukan anda untuk sentiasa mengamalkan nilai kesopanan, bantu-membantu dan memberikan yang terbaik kepada tetamu negara.

Apakah peranan selepas daftar sukarelawan SUKMA XX?

Pertamanya, setiap sukarelawan akan bertugas dalam salah satu dari 9 bidang tugas seperti yang dinyatakan di bawah.

Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Pengelola Temasya Sukan Malaysia XX MSN 2022 dan Para SUKMA XX MSN 2022 menjangkakan untuk mengambil seramai 700 sukarelawan on-field di bawah program ini.

Apabila ditugaskan nanti, setiap sukarelawan akan dipertanggungjawabkan dengan tugasan mengikut ketetapan yang diberikan.

Tugas-Tugas Am Sukarelawan SUKMA 2022

  • Anti Doping
  • Teknologi Mak;lumat & Komunikasi
  • Pengangkutan
  • Media
  • Kesihatan Dan Perubatan
  • Sajian
  • Penginapan
  • Persiapan Venue

Tarikh SUKMA XX 2022

16 September 2022 – 24 September 2022

Tarikh PARA SUKMA XX 2022

01 November 2022 – 06 November 2022

Maklumat Lanjut

Rujuk perincian bidang tugas di SINI.

Baca TERMA & SYARAT di SINI.

Scan QR code di bawah untuk terma, syarat dan borang pendaftaran.

Untuk daftar sukarelawan SUKMA XX dan maklumat lanjut, sila layari pautan rasmi https://portal.sukarelawanmsn2022.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge