Orang tua 1

Percaya atau tidak, sebenarnya kes tinggal ibu bapa dalam erti kata membiarkan mereka hidup sendiri telah banyak berlaku termasuk yang meninggalkan ibu bapa di rumah orang tua atau yang membiarkan ibu bapa bersendirian di kampung. Tidak menziarahi dan tidak menjenguk ibu bapa, sekadar hanya mengirimkan wang, malah berapa ramai pula yang tidak mengirimkan wang dan hilang tanpa khabar berita.

Ketaatan seorang anak perempuan bertukar takhta daripada ibu bapa kepada suaminya selepas si anak berkahwin namun bukan sampai membuang atau menyisihkan ibu bapa. Ketaatan kepada suami biarlah bertempat dan berbatas.

Menyisihkan atau membuang ibu bapa tidak termasuk di dalam ketaatan yang perlu dan wajar diikuti.

warga emas 1

Jangan sampai jadi lelaki dayus!

Sebagai anak lelaki pula, takhta ketaatan sepatutnya tak pernah berubah. Malah, jika beristerikan wanita yang tidak membenarkan berlaku baik kepada ibu bapa, harus bagi anda untuk menceraikan isteri tersebut.

Ingat! Cintakan isteri jangan sampai jadi lelaki dayus. Kes buang ibu bapa sebelum berkahwin juga tidak kurang banyaknya. Ada banyak kes anak gadis lari dari rumah kerana mengikut kekasih. Anak gadis ini kembali semula ke pangkuan ibu bapa kerana hidup terseksa malah juga ada kes, memerlukan bantuan pihak tertentu untuk mengembalikan mereka ke pangkuan ibu bapa.

Ada yang tidak lari tetapi menentang ayah sendiri di Mahkamah Syariah kerana si ayah tidak mengizinkannya berkahwin dengan jejaka pilihan hati. Lagi dahsyat tu!

orang tua

Wajib taat ibubapa

Peruntukan undang-undang membenarkan seorang anak gadis memohon pada Mahkamah Syariah agar si ayah yang enggan mewalikan atau mengizinkan perkahwinannya, tanpa alasan yang munasabah menurut syarak, supaya bersetuju dan mewalikan perkahwinannya. Peruntukan juga jelas, jika si ayah tetap enggan bersetuju, maka Mahkamah Syariah boleh membenarkan si anak berkahwin menggunakan wali hakim.

Peruntukan ada dan diakui demi kebaikan individu namun daripada segi moral, apakah menyaman ayah sendiri di mahkamah atas nama cinta kepada seorang lelaki, sesuatu yang wajar?

Syarak menegaskan, setiap anak wajib taat dan hormat kepada ibu bapa. Ya! Taat kepada ibu bapa juga terbatas kepada perkara yang tidak menyalahi syarak. Enggan menerima lelaki pilihan bukanlah perkara yang melanggar syarak biarpun alasan keengganan tersebut tidak munasabah menurut syarak.

warga tua

Lawan ayah sendiri di Mahkamah

Melawan ayah sendiri di mahkamah bererti kita tidak menghormati ayah sendiri. Kita telah melukakan hatinya. Sanggup pula mengetepikan cinta sejati ibu bapa yang menjaga, mendidik dan menyayangi sejak kecil semata-mata kerana cinta seorang lelaki yang hadir ketika telah berusia belasan ataupun puluhan tahun?

Sungguh zalim! Bukan saja zalim kepada ibu bapa tetapi zalim kepada diri sendiri. Percayalah, biar sedalam mana cinta si dia kepada kita, biar berjuta kali ucapan cinta dilafazkan, biar beribu kali pelukan dan belaian diberi, cinta seorang lelaki atau perempuan tidak akan sama dengan cinta dan kasih sayang ibu dan ayah.

Bukan mendoakan tetapi terlalu banyak kes serupa. Natijahnya hanya satu, orang yang bertindak membuang ibu bapa atau melawan ibu bapa kerana cinta si dia, tidak akan hidup bahagia dan jika berkahwin, perkahwinan anda akan dibubarkan juga akhirnya, andai masih tiada restu ibu bapa.

Ingatlah! Restu Allah hanya ada jika kita punya restu daripada ibu bapa.

2 Comments

  1. Ini berlaku kepada saya. Anak perempuan yang saya besarkan dengan penuh perhatian meninggalkan saya, ayahnya dan abangnya untuk mengikut kekasihnya. Saya menghalang anak saya berkawan dengan lelaki tersebut kerana akhlaknya yang tidak baik. Tapi anak saya berkeras mengikutnya dan ingin menikahinya. Hati kami amat2 terluka dengan perbuatannya. Hampir setiap hari saya menitis airmata kerananya. Tapi terpaksa menerima keadaan ini kerana mungkin ia adalah ujian Allah buat kami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge