Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban adalah dibenarkan sempena Hari Raya Aidiladha kali ini bagi negeri-negeri di Fasa 1 dan Fasa 2.

Pada masa sama, takbir raya di masjid dan surau dibenarkan namun, takbir dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan. Di surau atau masjid, hanya terhad kepada sehingga 50 orang berikutan perlaksanaan PPN tahun 2021 ini.

Khutbah Aidiladha sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya.

Rukun Khutbah Raya

Menurut mazhab Syafi’ie; rukun-rukun khutbah hari raya sama sepertimana khutbah Jumaat, iaitu;

  1. Memuji Allah (yakni mengucapkan al-Hamdulillah) dengan sebarang bentuk pujian.
  2. Berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sebarang bentuk selawat.
  3. Memberi pesanan dengan takwa
  4. Membaca sepotong ayat dari al-Quran pada salah satu dari dua khutbah.
  5. Membaca doa untuk sekelian kaum muslimin dalam khutbah kedua.

Sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan (9) kali berturut-turut pada khutbah pertama. Dan tujuh (7) kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Syarat Khutbah Hari Raya

  • Khatib mestilah suci daripada hadas kecil dan besar
  • Khatib hendaklah menutup aurat dengan sempurna.
  • Khatib mestilah seorang lelaki.
  • Khutbah dibaca setelah selesai solat sunat hari raya.
  • Hendaklah berturut-turut di antara 2 khutbah.
  • Khatib membaca khutbah dalam keadaan berdiri bagi yang berkemampuan.
  • Rukun khutbah dibaca dalam bahasa arab.

Panduan Membaca Khutbah Hari Raya Di Rumah

Setelah solat hari raya selesai dilakukan, sekiranya ia dilaksanakan secara berjemaah, disunatkan bagi imam untuk membaca khutbah hari raya sebanyak dua khutbah yang sama seperti khutbah Jumaat dari sudut rukun dan perkara sunat dalam khutbah.

  • Disunatkan bagi mereka yang melakukan solat hari raya secara berjemaah di rumah untuk imam mereka membaca khutbah raya selepas solat hari raya selesai dilakukan.
  • Teks khutbah aidilfitri di rumah boleh didapatkan melalui teks yang disediakan oleh JAKIM / Jabatan Agama Islam Negeri menerusi laman web mereka.
  • Manakala sekiranya seseorang melaksanakan solat hari raya secara bersendirian, maka tiada dituntut untuk dia membaca khutbah raya oleh kerana tidak terdapatnya manfaat yang terhasil dari hal tersebut.
  • Sekiranya orang perempuan mendirikan solat hari raya secara berjemaah sesama mereka, maka tidak perlu untuk imam mereka berkhutbah (merujuk kepada rukun dan sunat khutbah) dan memadai sekadar tazkirah dan peringatan ringkas sahaja. 

Berikut adalah Teks Khutbah Aidilfitri Di Rumah (2021 / 1442H) oleh JAKIM yang boleh dibacakan oleh imam interim di rumah semasa tempoh PKP.

Khutbah Raya Haji di rumah 1
Khutbah Raya Haji di rumah 2
Khutbah Raya Haji di rumah 3
Khutbah Raya Haji di rumah 4
Khutbah Raya Haji di rumah 5
Khutbah Raya Haji di rumah 6
Khutbah Raya Haji di rumah 7
Khutbah Raya Haji di rumah 8

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam satu kenyataan pada Sabtu menyatakan bahawa solat sunat Aidiladha dan khutbah hari raya serta ibadah korban bagi tahun ini turut dibenarkan dengan mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP) dan kebenaran pihak berkuasa agama negeri.

Bagaimanapun takbir dari rumah ke rumah, jamuan selepas solat sunat Aidiladha, program ziarah, ziarah tanah perkuburan dan rumah terbuka atau majlis jamuan hari raya adalah tidak dibenarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge