Dr Zakir Naik merupakan tokoh ilmuwan yang sangat disegani. Beliau juga amat aktif dalam aktiviti dakwah dan siapa sangka menerusi dakwahnya, ramai yang mula terpaut hati untuk mengenali Islam lebih dekat.
Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu bahawa Zakir naik mempunyai anak lelaki bernama Fariq Naik yang juga merupakan seorang penceramah hebat seperti bapanya. Bak kata pepatah Melayu, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Cari Jodoh Untuk Anak Dr. Zakir Naik
Namun, apabila anak bujangnya telah menginjak dewasa, Zakir Naik berhasrat untuk mencarikan calon bakal isteri pula untuk Fariq yang mana hasrat itu juga telah diwar-warkan di media sosial.
Dalam hantaran yang dikongsikan oleh Dr Zakir Naik sendiri menyaksikan beberapa kriteria yang digariskan oleh tokoh ilmuwan itu.
Disusuli dengan risalah tersebut, Zakir Naik turut berharap agar orang ramai tidak keberatan untuk terus menghubungi nombor tertera atau mengantar ‘resume’ sekiranya berminat.
Baca juga : Jodoh Adalah Cerminan Diri, Kalau Salah Betulkan… Bukan Tinggalkan
I am looking for a wife for my son Fariq, a virtuous Muslim Girl of good character, such that my son and his wife can be a source of guidance and strength for each other. If you are the father or relative of a girl you think is eligible, and who agrees to look into this, I would humbly request you to respond to this post with the required information. – Dr. Zakir Naik
Susulan perkara tersebut, tak dinafikan rata-ratanya mula meninggalkan komen seperti mengeluh dengan kriteria tersebut. Barangkali terasa seperti memikul batu yang berat.
Bagaimanapun, tiada yang mustahil kerana apabila sudah sampai serunya, jodoh itu pasti akan hadir pada waktu yang telah ditentukan. Selain itu, rata-ratanya turut berharap agar hasrat murni tokoh itu dipermudahkan.
Bukan calang-calang anaknya tu, semoga bertemu jodoh yang bersesuaian secepat mungkin. Orang luarbiasa mesti jodoh pon luar biasa kan.
shamiera osment recently posted…LATEST UMRAH TERMS AND CONDITION IN MALAYSIA.
Bukan calang-calang juga ya…
kalau saya perempuan memang tak sanggup juga..
tapi anak Dr Zakir memang hensem juga..kalah bapa dia
mrhanafi recently posted…2 cara mempromosikan produk secara online yang powerful