Bayaran BPR Fasa 3

Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021.

BPR Fasa 3 akan memanfaatkan 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan BPR yang diluluskan membabitkan peruntukan RM2.82 bilion.

Untuk fasa 3, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak.

Bayaran BPR Fasa 3

Pembayaran fasa tiga ini adalah penyaluran penuh baki nilai yang sepatutnya diterima penerima BPR dan rayuan BPR untuk meringankan beban mereka

Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutamanya kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 sentiasa terbela.

Antara lain, beberapa bantuan tunai seperti Bantuan Khas Covid-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) akan diberikan kepada penerima yang layak. Pembayaran bantuan itu dijadual akan disalurkan pada Oktober hingga Disember 2021.

Bayaran BPR Fasa 3

Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 (September 2021)

Kategori Isi rumah
Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak) – RM500
Isi rumah <2500 (2 anak ke atas) – RM1100
Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak) – RM200
Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas) – RM600
Isi Rumah >4001 – 5000 (0-1 anak berumur 60 ke atas) – RM200
Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak) – RM100
Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas) – RM200

Ismail Sabri Bayaran BPR Fasa 3

Semakan Status BPR Fasa 3

Sebagai makluman, semakan status BPR bagi yang membuat rayuan dan pemohon sedia telah dibuka mulai 18 September 2021 (Sabtu) melalui laman portal rasmi BPR 2021

https://bpr.hasil.gov.my/

Selain daripada laman portal, semakan BPR juga boleh dibuat melalui cara berikut;

Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hadir ke LHDNM yang berhampiran

Untuk bayaran BPR fasa 3, jumlah bayaran adalah bergantung kepada kategori masing-masing.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge