Cristiano Ronaldo menerima bayaran gaji yang tinggi daripada Manchester United, dengan jumlah yang diterimanya mengatasi seluruh skuad dari tiga kelab di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Norwich, Leeds dan Brentford membelanjakan kurang dari £25 juta (RM142 juta) setahun untuk gaji pemain, dan ia menyamai jumlah bayaran yang diterima bintang Portugal berusia 36 tahun itu.

Ronaldo memperoleh bayaran berjumlah £480,000 (RM2.7 juta) seminggu yang mana nilai itu mencecah kira-kira £24.96 juta (RM141.9 juta) setahun. Sebagai perbandingan, Norwich membelanjakan £24.24 juta (RM137 juta) setiap 12 bulan untuk membayar gaji 31 pemain bagi keseluruhan skuad.

berapa gaji Ronaldo

Laman Spotrac turut mendakwa Leeds mempunyai bil gaji tahunan sebanyak £18 juta (RM102 juta) untuk skuad 25 pemain mereka. Brentford kendalian Thomas Frank pula memiliki bajet gaji terkecil di EPL di mana kelab itu membayar 28 pemain senior mereka hanya £13 juta (RM74 juta) setiap tahun.

Ronaldo setuju dengan kontrak dua musim di United. Menyaksikan pemain berusia 36 tahun itu akan menerima gaji paling lumayan di EPL berbanding pemain lain.

Berikut adalah senarai gaji tertinggi di EPL selepas Ronaldo mempersetujui kontrak dengan Man United.

gaji paling tinggi EPL

Perpindahan tersebut menyaksikan Ronaldo kembali menyarung jersi Red Devils selepas 12 tahun meninggalkan kelab berkenaan untuk berhijrah ke Real Madrid dan Juventus. Ronaldo kini muncul pemain menerima gaji paling tinggi mengatasi Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku, Harry Kane dan David de Gea.

Sebelum ini, pemain menerima gaji tertinggi di EPL adalah bintang tengah City, De Bruyne iaitu 385,000 pound (RM2.22 juta) seminggu manakala penjaga gol United, De Gea hanya kurang 10,000 pound (RM57,600) berbanding bintang Belgium itu.

Biarpun gaji yang bakal diterima Ronaldo mengatasi De Bruyne hampir 100,000 pound (RM576,000) namun jumlah itu masih tidak dapat mengatasi gaji diterima Lionel Messi dan Neymar di PSG.

Ronaldo pada awalnya dilaporkan sedang menunju ke Etihad. Namun Man United melakukan pintasan yang dramatik ke atas pemain itu dengan menghalangnya daripada menyertai Man City.

Manchester United setuju membayar £25 juta kepada Juventus.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge