bayaran GKP 4.0

GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Geran Khas PRIHATIN dan cara membuat semakan status permohonan Geran Khas PRIHATIN secara online beserta maklumat lain berkaitan

Mereka yang akan menerima GKP 4.0 adalah PKS mikro yang berstatus Lulus GKP seperti berikut:

  • Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
  • Permohonan baharu GKP 4.0


Nilai bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:

Layak GKP 4.0Nilai Bantuan
Penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0
yang berstatus Lulus
RM1,000 (2 Fasa)
Lulus permohonan baharu GKP 4.0 RM1,000RM1,000 (2 Fasa)

Syarat untuk membuat permohonan baharu GKP 4.0?

Syarat kelayakan seperti berikut:


a. Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
b. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
c. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
d. Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021; dan
e. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Wang Bantuan

Permohonan baharu GKP 4.0 akan dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.

Penerima sedia ada yang berstatus Lulus GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 tidak perlu membuat permohonan semula. Permohonan baharu GKP 4.0 hanya bagi PKS Mikro yang tidak menerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0.

Permohonan baharu GKP 4.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi portal rasmi GKP (https://gkp.hasil.gov.my). Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu GKP 4.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0. Akaun bank persendirian pemohon mestilah sama ada akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *