vaksin dua dos

Vaksinasi secara ‘walk-in’ di Lembah Klang bagi warga Malaysia yang berusia 40 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai sejarah penyakit komorbid dibuka bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos.

Sementara itu, pemberian vaksin secara ‘walk in’ bagi warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pula akan dibuka pada 5 Ogos hingga 22 Ogos.

Bagi warga asing yang berumur 40 tahun ke atas serta mempunyai sejarah penyakit komorbid, vaksinasi secara ‘walk-in’ dibuka bermula 9 Ogos hingga 11 Ogos.

PPV KLCC

Senarai PPV ‘walk-in’ adalah seperti berikut:

Warganegara (2 Ogos – 22 Ogos)

1. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), HCO F

2. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), HCO G

3. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), HCO H

4. Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC)

5. Hotel Wyndham, Klang

6. Dewan TAR Sabak Bernam

7. Dewan Komuniti Serendah

8. Movenpick Hotel & Convention Center KLIA, Sepang

9. Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam (IDCC)

Bukan Warganegara (9 Ogos – 22 Ogos)

1. Stadium Nasional Bukit Jalil

Jadual ppv warganegara asing
Lokasi walk in ppv warganegara asing

Warga asing yang berusia 18 tahun ke atas pula boleh mendapatkan suntikan secara ‘walk-in’ bermula 12 Ogos hingga 22 Ogos. Ia akan bermula pada jam 2 petang, dan mengikut senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikhaskan untuk ‘walk-in’.

Setiap individu perlu membawa dokumen sepert alamat yang tertera pada kad pengenalan, lesen memandu, bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja atau kad pelajar dan sebagainya sebagai bukti pemastautin di Lembah Klang.

Mereka yang mempunyai sejarah penyakit komorbid mesti membawa surat doktor atau dokumen berkaitan untuk mengesahkan sejarah kesihatan masing-masing.

Subscribe
Notify of
guest

CommentLuv badge

0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments