Hessa Presint 7

Ciri-ciri utama yang selalu dititik beratkan oleh pembeli-pembeli rumah masa kini bukan sahaja bergantung kepada harga rumah dan keluasannya semata-mata.

Ia turut melibatkan aspek-aspek lain seperti pembangunan yang terancang, kemudahan awam yang dekat, pusat komersial yang lengkap, akses jalanraya yang baik, kawasan riadah yang penuh dengan kehijauan dan yang paling penting, ia harus memberikan nilai pulangan yang tinggi kepada pembeli.

Semua ini boleh didapati di projek pembangunan perumahan Tiara Sendayan, yang terletak di kawasan yang strategik bersebelahan Bandar Sri Sendayan, Seremban. Projek perumahan ini dimajukan oleh Matrix Concepts Holding Bhd, yang menjanjikan gaya hidup holistik kepada pemiliknya.

Aerial FA

Tiara Sendayan boleh di akses menerusi Lebuhraya Utara Selatan (PLUS),
Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan juga melalui Lebuhraya KLIA Linkage.

Sebagai sebuah projek perumahan terancang, Tiara Sendayan berkeluasan 295 ekar ini menawarkan bukan hanya kediaman semata-mata tetapi dilengkapi dengan Central Park, yang mempunyai keluasan 12 ekar, pusat komersial tersendiri, food bazaar, stesen minyak dan banyak lagi tersedia.

Di Central Park kemudahan sukan dan rekreasi seperti trek jogging, laluan
refleksologi, trek berbasikal, taman permainan kanak-kanak, kemudahan kawasan senaman (outdoor gym), gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang dan beberapa lagi kemudahan lain yang boleh dinikmati.

Selain dari itu, pembeli Tiara Sendayan dapat menikmati keahlian kelab d’Tempat Country Club secara percuma selama 5 terma di Bandar Sri Sendayan, yang menawarkan kemudahan seperti kolam renang bersaiz Olimpik, gelanggang badminton dan gelanggang tenis, gelanggang skuasy, gimnasium, pusat boling (10-lorong), bilik TV kanak-kanak dan banyak lagi.

HESSA Presint 7 di Buka untuk Jualan

HESSA terletak bersebelahan dengan Central Park, jadi sungguh bertuah la pemilik fasa ini dapat menggunakan kemudahan yang sedia ada di taman ini dengan lebih kerap lagi. Di fasa ini terdapat 254 unit rumah Teres 2 Tingkat, dengan keluasan di antara 2,156 – 2,635 kaki per segi, merangkumi 4 bilik tidur, 3 bilik air dan 2 ruang pakir kereta. Kediaman ini berstatus pegangan bebas.

Hessa Blogpost 01
Hessa Blogpost 02

Bagi yang ingin melihat sendiri kediaman idaman HESSA Presint 7 ini, boleh terus hubungi atau layari:

Matrix Concepts (NS): 1-800-88-2688
Laman Web: http://www.tiarasendayan.com
Facebook Page: https://www.facebook.com/matrixconceptshomes
Instagram: https://www.instagram.com/matrix_concepts

#MatrixConcepts #TiaraSendayan #HESSA #HomeSweetHome #SelfSustainingTownship #AHomeforWellBeing #AHomeforWellLiving

6 Comments

  1. Bukan kid nak rembat corner lot ke.. hahh boleh sangat la.. nanti leh bercucuk tanam.. tgk la kawasan cantik & menghijau jer.. tenang dan aman jer..

  2. Ada taman nak berlari, gym bagai memang menjadi idaman la kan.
    Amik corner lot plak – terbaik boh!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge