Permohonan i-Sinar kategori 1 sudah dimaklumkan keputusannya, namun masih ramai yang keliru dengan kriteria yang ditetapkan dan ada juga yang bersuara mengenai ketiadaan dokumen sokongan untuk buat permohonan.
Bagi menghilangkan kegelisahan dan tanda tanya Ahli KWSP, Tunku Alizakri Alias, CEO KWSP telah memberi sedikit penjelasan berkaitan isu ini.
Bagi yang belum lulus untuk permohonan i Sinar, anda masih berpeluang mohon i-sinar bagi kategori 2. Untuk permohonan i Sinar kategori 2 pula, anda diminta untuk menyediakan dokumen-dokumen sokongan sebagai bukti pendapatan anda terjejas.
Untuk makluman anda, bagi yang sudah mohon kategori 1 tetapi tidak lulus, anda tidak perlu membuat permohonan baharu. Anda hanya perlu memuat naik dokumen sokongan dengan langkah yang ditetapkan.
Hanya pemohon yang belum pernah membuat permohonan i Sinar sahaja diminta untuk membuat permohonan baharu kategori 2 bermula 11 Januari ini.
BAYARAN i SINAR KATEGORI 2
Semakan status permohonan i Sinar kategori 2 dan bayaran adalah seperti berikut:
- Status permohonan i Sinar kategori 2 akan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat
- Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya sekiranya permohonan i Sinar kategori 2 anda diluluskan
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan dan dikreditkan ke akaun bank anda mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda
- Pembayaran bagi permohonan i Sinar kategori 2 yang lulus akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan
CARA UPLOAD DOKUMEN SOKONGAN
Ahli yang telah membuat permohonan i Sinar kategori 1 tetapi mendapat mesej PERMOHONAN ANDA SEDANG DIPROSES, ini bermakna anda TIDAK LAYAK bagi kategori 1. Buat masa ini, pihak KWSP tidak dapat memproses permohonan anda sepenuhnya.
Ahli tidak perlu membuat permohonan baharu untuk kategori 2, anda hanya diminta untuk memuat naik dokumen sokongan bermula 11 Januari 2021.
Cara muat naik dokumen sokongan i Sinar kategori 2 :
KENAPA DOKUMEN SOKONGAN DIPERLUKAN?
Dokumen sokongan diperlukan adalah untuk:
- KELULUSAN AUTOMATIK hanya dapat dibuat jika terdapat PENGURANGAN CARUMAN
- Jadi, SEMAKAN SECARA MANUAL akan dilakukan berdasarkan dokumen sokongan yang diberikan
- DOKUMEN SOKONGAN PENTING untuk permohonan dapat diproses selanjutnya
CONTOH DOKUMEN SOKONGAN
Permohonan i Sinar kategori 2 mestilah dilengkapi dengan dokumen sokongan berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan
- Notis pemberhentian; ATAU
- Bukti pemotongan elaun; DAN / ATAU
- Tuntutan kerja lebih masa
TIADA DOKUMEN, MASIH ADA PELUANG MOHON I-SINAR
Menurut penjelasan CEO KWSP, individu yang betul-betul mengalami pendapatan terjejas masih boleh memohon i-Sinar walaupun tiada dokumen sokongan seperti yang ditetapkan sebelum ini. Namun bagi individu yang mengalami masalah ini perlu:
- Hadir ke cawangan KWSP berdekatan untuk perbincangan
- Terbuka untuk bincang dan meneliti keadaan semasa
- Jelaskan keadaan atau situasi yang melayakkan pemohon mendapatkan bantuan i-Sinar
(Ini adalah langkah akhir jika anda tidak termasuk dalam kategori 1 dan tiada dokumen yang dapat disertakan)
Baca juga : Semak Tarikh Bayaran i Sinar KWSP Online
PERMOHONAN BARU i SINAR KATEGORI 2
Seperti yang dinyatakan tadi, hanya Ahli yang belum pernah membuat permohonan kategori 1 sahaja perlu membuat permohonan baru mulai 11 Januari 2021.
Status permohonan i Sinar kategori 2 akan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya sekiranya permohonan i Sinar kategori 2 anda diluluskan
Ahli yang belum mencapai umur 55 tahun, yang mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas (jumlah gaji, elaun dan elaun kerja lebih masa) sejak 1 Mac 2020.
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan i Sinar kategori 2 boleh dibuat dengan menghubungi pihak KWSP di talian 03 8922 6000.
Selamat memohon kepada mereka yang layak memohon di bawah kategori 2.. Jangan risau, takde dokument pun boleh.
Laila recently posted…ISinar Kategori 2 : Cara Muat Naik Dokumen Sokongan
Kalau tertinggal dokumen sokongan majikan..hanya pay slip sebelum dan selepas pemotongan..boleh atau tidak untuk kemaskini semula..
Harap dapat dipermudahkan lagi urusan kategori 2
abam recently posted…Potongan Seluar Jeans Yang Sesuai Untuk Lelaki
kalau terlupa masukkan dokumen yang di perlukan, tapi dah submit. nnti KWSP akan minta balik atau mcm mana ya?
Kalau salah letak amaun gaji selelum penurunan gaji tu mcm mana ya..sebab borang da hantar
Saya rasa saya submit salah. So nampak macam slip gaji pertama sikit dan kedua nampak besar. Hakikat yang bersih di potong oleh kompeny. Macam mana tu Tuan.
Nak kemaskini isnar MCM mna ya
Panduan Cara Mohon RM10,000 i-Sinar KWSP Online Borang Pengeluaran Akaun 1
https://secure.kwsp.gov.my/m2/getStatementPDF?key=be6fb09102b2407697ea0b8926f49847
Saya salah isi amount dipohon macam mana nak betulkan yer? Ada link kemaskini terbaru ker.
Saya tersalah isi pendapatan dan pengurangan gaji bulanan.bagaimana nk perbetulkan
Kenapa saya memohon 27 bulan lalu belum lulus??