I sinar tanpa syarat

Kementerian Kewangan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan, menurut sumber yang rapat dengan perbincangan tersebut.

Menurut laporan Astro AWANI, perbincangan dikatakan masih dijalankan bagi mencari jalan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan peruntukan bagi pengeluaran tanpa syarat.

MoF (Kementerian Kewangan) nyatakan veto untuk menyokong pelaksanaan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat. KWSP sedang berbincang tentang jumlah sebenar pengeluaran i-Sinar tanpa syarat.

I Sinar tanpa syarat

Cara Bayaran i Sinar Tanpa Syarat

Perkiraan awal mendapati, KWSP jangkakan memerlukan RM108 bilion berbanding RM33 bilion jika i-Sinar bersyarat.

Mesyuarat KWSP kini tertumpu kepada struktur pembayaran termasuk sekiranya ia dibayar secara bersekali. Jika dibuat bayaran sekali, KWSP perlu menarik beberapa pelaburan di luar negara untuk menyokong proses pembayaran itu.

Laporan itu turut menyatakan KWSP sedang meneliti pelaburan yang boleh ditarik kembali bagi menjayakan i-Sinar.

Bagi ahli yang telah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.

Baca juga : Tarikh Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 Fasa 1

Duit Gaji

Pengeluaran i Sinar KWSP Online Tanpa Syarat

Berikut perincian pengeluaran:

A) Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

B) Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Tengku Zafrul i Sinar tanpa syarat

Terdahulu, Astro AWANI yang memetik sumber melaporkan, kerajaan dijangka mengumumkan pengeluaran i-Sinar tanpa syarat Isnin depan.

Sehubungan itu Zafrul berkata, KWSP memerlukan sedikit masa untuk mempersiapkan struktur pengeluaran baharu ini.
Sinar , Awani

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge