mars istiqbal

Fenomena istiqbal planet Marikh atau oposisi dijangka akan berlaku pada 8 Disember 2022. Ketika ini, kedudukan planet Marikh berada bertentangan dengan matahari. Ia akan memberikan posisi yang terbaik kepada penyelidik dan peminat astronomi untuk mencerap objek tersebut.

Planet Marikh berada pada tahap paling cerah yang memudahkan aktiviti pencerapan dan rakaman imej. Planet tersebut juga dapat dilihat dengan lebih terang berbanding ketika berada pada kedudukan lain. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri keajaiban ini yang ‘datangnya’ bukan selalu.

Planet Marikh merupakan planet keempat dari Matahari dan saiznya adalah separuh daripada saiz Bumi. Marikh juga dikenali sebagai ‘Planet Merah’ kerana warna permukaannya yang kemerahan apabila dilihat dari langit.

Semasa oposisi pada kali ini, permukaan Marikh yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya oleh Matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain. Ia juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj Taurus pada jarak sekitar 1.53 unit astronomi (AU) dari Matahari dan hampir 0.55AU dari Bumi. Diameter ketara Marikh sebanyak 17 saat arka dan magnitud ketara (kecerahan) Marikh dijangka sekitar -1.9 pada kedudukan oposisi.

Istiqbal Planet Marikh

Selepas oposisi, planet Marikh akan kelihatan di langit malam di ufuk timur selepas Matahari terbenam (pada waktu maghrib) dan kenampakannya semakin menghala ke arah barat sehingga pertengahan Ogos 2023. Sekiranya cuaca mengizinkan, anda boleh memerhatikan planet Marikh menggunakan mata kasar sahaja dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan pada awal malam.

15 FAKTA TENTANG FENOMENA OPOSISI PLANET MARIKH/ISTIQBAL

1. Planet Marikh merupakan planet keempat dari matahari dan saiznya adalah separuh daripada saiz Bumi.

2. Planet Marikh juga dikenali sebagai ‘Planet Merah’ kerana warna permukaannya yang kemerahan apabila dilihat dari langit.

3. Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), semasa oposisi pada kali ini, permukaan Marikh yang menghadap Bumi akan disinari sepenuhnya matahari dan boleh dilihat dengan lebih terang berbanding ketika ia berada pada kedudukan lain.

4. Menurut NASA, planet Marikh akan bergerak ke bahagian timur dan matahari pula akan terbenam di bahagian barat.

5. Selepas berada di langit sepanjang malam, planet Marikh akan terbenam di sebelah barat manakala matahari pula akan terbit di sebelah timur.

6. Permukaan planet Marikh juga akan kelihatan sepanjang malam di buruj Taurus pada jarak sekitar 1.53 unit astronomi (AU) dari matahari dan hampir 0.55AU dari Bumi.

7. Diameter ketara Marikh sebanyak 17 saat arka dan magnitud ketara (kecerahan) Marikh dijangka sekitar -1.9 pada kedudukan oposisi.

Istiqbal Planet Marikh

8. Selepas oposisi, planet Marikh akan kelihatan di langit malam di ufuk timur selepas matahari terbenam (pada waktu Maghrib) dan kenampakannya semakin menghala ke arah barat sehingga pertengahan Ogos 2023.

9. Sekiranya cuaca mengizinkan, anda boleh memerhatikan planet Marikh menggunakan mata kasar sahaja dengan menghadap ke ufuk timur yang bebas daripada sebarang halangan pada awal malam.

10. Marikh akan kelihatan sebagai titik yang terang kemerahan dan tidak berkelip.

11. Sekiranya anda ingin memerhatikan permukaan Marikh yang berwarna merah serta penutup kutub luaran yang berwarna putih, penggunaan teleskop adalah digalakkan.

12. Planet Marikh akan mengalami oposisi dalam tempoh setiap 26 bulan.

14. Kali terakhir planet Marikh berada pada kedudukan oposisi ialah pada 13 Oktober 2020.

15. Oposisi planet Marikh yang seterusnya dijangka berlaku pada15 Januari 2025.

Istiqbal Planet Marikh

Istiqbal Marikh 2025

Marikh akan kelihatan sebagai titik yang terang kemerahan dan tidak berkelip. Sekiranya anda ingin memerhatikan permukaan Marikh yang berwarna merah serta penutup kutub luaran yang berwarna putih, penggunaan teleskop adalah digalakkan.

Planet Marikh akan mengalami oposisi dalam tempoh setiap 26 bulan. Kali terakhir ianya berada pada kedudukan oposisi ialah pada 13 Oktober 2020 dan seterusnya pada 15 Januari 2025.

Baca juga : Ribut Solar, Fenomena Suar Matahari Melanda Bumi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge