Zakat fitrah

Kadar bayaran zakat fitrah adalah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam setiap negeri berdasarkan nilai satu gantang Baghdad beras yang dimakan oleh majoriti penduduk Islam di negeri masing-masing.

Umat Islam dinasihatkan supaya  membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri. Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri

SENARAI KADAR BAYARAN HARGA ZAKAT FITRAH TAHUN 2021 SELURUH NEGERI

Berikut ialah kadar bayaran harga zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2021 bersamaan 1442 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Negeri:

NegeriKadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2021
PerlisRM7.00
KedahRM5.00 / RM7.00/ RM14.00 / RM21.00
Pulau PinangRM7.00 / RM12.00 / RM16.00
PerakRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
SelangorRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
Negeri SembilanRM7.00
MelakaRM7.00 / RM14.00
JohorRM7.00 / RM10.00
PahangRM7.00
TerengganuRM7.00
KelantanRM7.00 / RM14.00 / RM21.00
SarawakRM7.00
SabahRM6.00 / RM7.50
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan
RM5.00 / RM7.00 / RM14.00

NOTA :

  1. Negeri Yang Mempunyai Lebih Daripada Satu Kadar Zakat : Setiap pembayar zakat hendaklah memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka
  2. Contoh : Umat Islam di Negeri Melaka yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah

  1. Harus – iaitu bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.
  2. Wajib – iaitu selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
  3. Waktu Afdhal – iaitu selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.
  4. Makruh – iaitu selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.
  5. Haram – iaitu selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Lafaz Akad Zakat Fitrah

1. Lafaz untuk diri sendiri:

  • Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz untuk diri sendiri dan tanggungan:

  • Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

3. Lafaz bagi pihak:

  • Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.

Baca juga : Hukum Suami Keluarkan Zakat Fitrah kepada Bekas Isteri

Bayar zakat online

Syarat- Syarat Wajib Membayar Zakat Fitrah

  1. Islam dan merdeka
  2. Mempunyai harta yang lebih daripada keperluan perbelanjaannya untuk dirinya dan orang-orang di bawah tanggungannya pada hari raya dan malamnya
  3. Wajib Zakat Fitrah ialah apabila terbenamnya matahari pada akhir bulan Ramadhan.

Sehubungan itu tidak wajib zakat Fitrah ke atas orang-orang berikut:

1. Orang yang mati sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan.
2. Anak yang lahir selepas terbenam akhir Ramadhan.
3. Orang yang memeluk agama Islam sesudah terbenamnya matahari pada akhir Ramadhan.
4. Tanggungan isteri yang dinikahi selepas terbenam matahari pada akhir Ramadhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge