2.2K+Shares

Sejumlah wang tunai berjumlah RM3.5 juta ditemui disimpan oleh ketua sindiket bergelar Datuk oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam serbuan di rumah suspek.

Menerusi laporan Harian Metro, kenderaan mewah bernilai RM 15.7 juta berserta nilai hartanah termasuk banglo, rumah kedai dan pejabat bernilai RM29 juta turut disita dalam serbuan yang dilakukan SPRM sejak semalam.

Menurut sumber, sebanyak 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan dalam siasatan kes kartel projek.

“Kartel projek yang diketuai oleh seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun ini telah membolot projek-projek kerajaan menerusi tender dan sebutharga bernilai lebih RM3.8 billion. Difahamkan, sindiket ini sudah beroperasi sejak tahun 2014 hingga 2021.

“Kemewahan yang ditunjukkan oleh Datuk yang juga ketua sindiket ini amat luar biasa. Selain dari memiliki nilai hartanah dan wang tunai yang luar biasa jumlahnya, beliau juga memiliki beberapa kereta mewah, sebuah kapal mewah dan dua helikopter.

“Modus operandi kumpulan kartel projek ini ialah membuka lebih 150 buah syarikat dengan setiap individu yang digunakan nama sebagai pengarah syarikat dibayar gaji antara RM5,000 hingga RM8,000. Syarikat-syarikat ini adalah milik beliau. Dipercayai 114 orang telah digunakan nama untuk membuka lebih 150 syarikat,” katanya.

Difahamkan, kesemua syarikat ini akan digunakan secara bergilir-gilir untuk memasuki tender dan sebutharga di kementerian dan agensi kerajaan.

“Maklumat tender atau sebutharga termasuk spesifikasi projek dan harga siling projek akan disalurkan oleh individu dalam kementerian atau agensi.

“Hasil siasatan SPRM mendapati hampir kesemua syarikat yang digunakan menggunakan maklumat palsu dari segi kelayakan akademi, sijil profesional mahupun penyata kewangan untuk menyakinkan lembaga tender berhubung keupayaan syarikat-syarikat untuk melaksanakan projek,” ujarnya.

2.2K+Shares

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge