Selepas kemunculan seorang jemputan di Kedah Fashion Week 2022 yang berpakaian separuh bogel. Tular pula di media sosial tindakan seorang pereka fesyen tempatan lelaki yang memakai songkok dengan pakaian separuh bogel di KLFW 2022.

Bukan itu sahaja, pereka fesyen tersebut juga menggayakan fesyen songkok di pentas peragaan dengan memakai songkok, kemeja lengan panjang dan samping, tanpa baju dan seluar panjang

Susulan dari teguran orang ramai terhadap pilihan fesyennya, pereka fesyen Behati, Khai Kel Wen tampil memberikan ‘dalil’nya melalui laman Instagram untuk mendidik masyarakat awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad menegaskan masyarakat untuk tidak memainkan serta membuat provokasi terhadap agama Islam.

Beliau memberi reaksi berhubung penampilan individu seolah-olah mempersendakan agama menerusi pemakaiannya sempena Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) di ibu negara, baru-baru ini.

KLFW 2022 sensasi

Ujarnya, setiap rakyat berhak menganuti agama masing-masing untuk mencapai kedamaian dan perpaduan yang utuh namun perlu menjaga sensitiviti agama lain.

“Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera terhadap individu tersebut supaya perkara ini dapat dibendung.

“Individu tersebut perlu diberikan hukuman agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain,” katanya semasa ditemui Wartawan Berita AlHijrah.

Sebelum ini tular di media sosial seorang lelaki berbangsa Cina memakai songkok dan memakai baju separa bogel semasa KLFW 2022 di ibu kota. Tindakan tersebut mengundang kecaman orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki itu.

Baca juga : Lelaki Berbadan Gempal, Ini Tips Untuk Bergaya Yang Mudah dan Menarik

KLFW 2022 Perlu Jaga Sensitiviti Keagamaan

Masyarakat Islam kita cukup marah dan kecewa. Sempadan batas agama, sensitiviti keagamaan dan kaum usah dibuat bahan mainan.

Usahlah kita berperilaku yang melanggar dengan ajaran agama, adat ketimuran dan tatasusila. Pastikan untuk sentiasa berfikir panjang sebelum melakukan apa-apa perbuatan.

Pihak berkuasa perlu ambil tindakan segera terhadap individu tersebut supaya perkara ini dapat dibendung dan dijadikan pengajaran kepada semua pihak.

Wallahua’lam.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge